Berita

PELANCARAN SUPERTELEFILEM “BANGKITKAN AKU KEMBALI” ADAPTASI NOVEL KARYA SOPHILEA

YB Datuk Zahidi Zainul Abidin, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKOMM) melancarkan sebuah Supertelefilem bertajuk “Bangkitkan Aku Kembali” yang diterbitkan produksi Simfoni Nusa Sdn Bhd dan dijangka ditayangkan di stesen Astro First dalam tahun ini. Penerbitan kandungan kreatif adaptasi pemenang Anugerah Buku Negara 2018 Kategori Seram karya Novelis Sophilea ini adalah bagi menyahut saranan KKOMM dalam mempergiatkan lebih banyak karya ‘Book To Screen’ yang berkualiti.

Penceritaan Supertelefilem ini membawa penonton isi rumah ke zaman Millenial dan Kolonial serta dua budaya iaitu Melayu Lama dan Nusantara. Pelbagai watak berat serta lakon layar menarik yang memaparkan dendam keluarga sehingga 100 tahun dan melangkau 3 keturunan. Turut disajikan untuk tontonan penonton tipu daya iblis bagi menyesatkan manusia.

100 tahun lalu, Suri di bawa lari oleh Musa dibantu Mbah Timah kerana enggan berkahwin dengan anak Residen Inggeris sebagaimana yang diminta bapanya. Sehingga ke Bukit Tinggi, Suri bertemu Hendra jatuh cinta lantas mengahwini lelaki itu. Ini menyebabkan Musa berdendam kerana dia telah lama sukakan Suri. Dengan bantuan Mbah Timah dan syaitan peliharaannya, Musa membunuh Suri dan Hendra dengan disaksikan Ryanto anak mereka. Untuk membunuh Suri, Mbah Timah letakkan syarat. Darah Suri hendaklah ditadah dan dibawa kepadanya untuk makanan iblis yang membantu Musa.

Sejak percutian Zakuan sekeluarga ke Bukit Tinggi, satu per satu misteri terungkai. Satu titis darah Haida bersatu dengan kalung kepunyaan Suri dan sejak daripada itu mereka sering di ganggu. Bayu waris keturunan Suri tidak pernah berhenti membalas dendam sehingga Mahani si anak kecil waris Musa menjadi galang gantinya.

Iblis itu, la Khun menunggu masa untuk di sajikan dengan kepala Suri. Mbah Timah hidup ratusan. Di mana kepala Suri disimpan? Di mana jasad Mahani di tanam. Tanpa keduanya dendam tak akan terhapus. Tanpa keduanya Zakuan dan Haida akan terus diganggu.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button