Berita

Pelancaran Program Aspirasi Kampung Sejahtera

Aspirasi Kampung Sejahtera adalah sebuah konsep ikonik seiring wawasan luar bandar sejahtera yang diaspirasikan melalui Dasar Pembangunan Luar Bandar (DPLB).  Rumusan yang telah dilaksanakan Dasar Pembangunan Luar Bandar (DPLB) mengenai agenda utama mengenai proses pembangunan luar bandar di Malaysia menjelang tahun 2030 adalah “Luar Bandar Yang Sejahtera, Inklusif, Mampan dan Holistik”. Untuk mengurangkan jurang kualiti hidup antara kawasan bandar dan luar bandar serta kawasan-kawasan luar bandar, pembangunan wilayah yang bersepadu, berkesan dan saling melengkapi adalah amat penting.  Dalam hal ini, Teras 10 Dasar Pembangunan Luar Bandar (DPLB) mengaspirasikan pembangunan kampung berpacukan komuniti (community driven) yang mana antara lain memfokuskan kepada penglibatan ahli komuniti sebagai penggerak utama dalam perancangan dan pembangunan kampung termasuklah kehidupan yang sejahtera perlu diambilkira untuk pembangunan yang mampan.
Selain itu, bagi melahirkan komuniti kampung dengan ciri-ciri berdaya tahan, berinisiatif, berdikari, berilmu dan memiliki disipilin kerja  tinggi yang diperlukan untuk pembangunan kesejahteraan kampung, Aspirasi Kampung Sejahtera akan dibangunkan sebagai satu program komprehensif pembangunan sosio ekonomi. Pelaksanaan Aspirasi Kampung Sejahtera ini disasar mencapai Wawasan Luar Bandar Sejahtera dan kesemua 10 teras DPLB iaitu Ekonomi, Keusahawanan, Modal Insan, Prasarana, Belia, Wanita, Kehidupan luar bandar yang sejahtera, Sistem penyampaian & tadbir urus, Biodiversiti & Alam sekitar dan Perumahan, pembangunan wilayah & penempatan desa.  Di samping itu, pelbagai program sedia ada di peringkat KPLB dan agensi serta di kementerian lain termasuk pihak universiti telah dilaksanakan dalam mencapai sasaran tersebut supaya pembentukan Kampung Sejahtera mampu dicapai. KRITERIA KAMPUNG SEJAHTERA Sebanyak 9 kriteria yang telah dikenalpasti akan diberikan fokus selaras 17 agenda dibawah Matlamat Pembangunan Mampan 2030 (Sustainable Development Goals, SDGs) iaitu :
  • Infrastruktur
  • Ekonomi Berimpak Tinggi
  • Modal Insan Berdaya Maju
  • Kesihatan
  • Kebersihan dan Keceriaan
  • Keagamaan dan Kerohanian
  • Keselamatan
  • Kepimpinan dan Pentadbiran
  • Budaya Inovasi
PELAKSANAAN ASPIRASI KAMPUNG SEJAHTERA Pelaksanaan Aspirasi Kampung Sejahtera akan dijalankan secara berfasa mengikut kategori dan topografi sesebuah kampung tersebut melibatkan kerjasama strategik dengan Kementerian dan agensi Kerajaan berkaitan, Kerajaan Negeri, NGO, syarikat korporat dan pihak berkepentingan lain perlu diadakan.  Proses transformasi kepada Kampung Sejahtera ini akan dilaksanakan secara terancang melibatkan komitmen, kolaborasi serta koordinasi pelbagai pihak secara berterusan dalam jangka masa panjang, Ciri-ciri unik sesebuah kampung khususnya yang mempunyai nilai estetika atau sumber alam yang menarik seperti sungai, gunung atau air terjun tetap akan terus dikekalkan oleh Aspirasi Kampung Sejahtera dan tidak akan menjejaskan apa jua keadaan sesebuah kawasan tersebut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button