Berita

PELANCARAN BUKU MASAKAN SULUNG CHEF NETTE, “WHAT TO COOK LAAA…”

Bertempat di TCH Foodworks Tingkat 6 Menara Symphony telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Buku Masakan Pertama Chef Annette “What To Cook Laaa…”. Buku masakan itu dilancarkan oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim, tetamu khas di upacara pelancaran tersebut.

Apa yang membezakan buku masakan Chef Nette daripada yang lain ialah resipinya yang ringkas lagi lazat. Citarasa makanan ini terbit dari minat Chef Nette untuk memasak, selera makanan yang dibentuk dari pengembaraanya yang digabungkan dengan bakatnya sebagai perumus resipi baharu dan penggaya makanan.

Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim, tetamu khas di upacara pelancaran

Tetamu media yang hadir pada acara ini sememangnya bertuah kerana berpeluang memasak bersama-sama Chef Nette dan menikmati hidangan istimewa yang direka khas oleh Chef Nette sendiri.

Antara hidangan yang disediakan ialah Telor Keropok Zaleha, Telur Kukus Celia, Nina’s Beef Bolognese, Ayam Serai dan Almond Crumble.

“Memasak adalah mudah dan saya ingin membina perasaan cinta bagi memasak hidangan yang enak, sihat dan ringkas kepada orang ramai,” katanya. Chef Nette juga percaya bahawa sebahagian besar daripada warisan turun temurun rakyat Malaysia ditanam dan diwarisi dari generasi ke generasi melalui masakan. Beliau berhasrat untuk memelihara dan memupuk warisan masakan Malaysia yang unik dan pelbagai, melalui bukunya.

Chef Nette juga berharap resipinya yang ringkas dan mudah dapat membantu menyelesaikan dilema mereka yang sibuk mengenai apa untuk dihidangkan kepada keluarga dan kenalan mereka.

Chef Nette bersama ibu beliau

Buku Chef Nette diterbitkan oleh MPH Group Publishing dan sudah berada di pasaran di semua kedai buku MPH dan secara dalam talian.

Untuk maklumat lanjut tentang Chef Nette atau tempat membeli bukunya, sila layari https://mphonline.com/products/what-to-cook-laaa

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button