BeritaRamadhan

Pelancaran aplikasi ‘Mukmin Pro’ oleh Fazura

Nur Fazura Sharifuddin atau lebih mesra dikenali sebagai Faz merupakan pelakon dan usahawan terkemuka. Beberapa hari sebelum umat Islam menyambut Ramadan, Fazura telah melancarkan sebuah aplikasi berkonsepkan gaya hidup Muslim di alaf baharu, Mukmin Pro.

Semasa ditemui di majlis pelancaran aplikasi Mukmin Pro, Fazura menzahirkan rasa bersyukur kerana salah satu impiannya telah tercapai.

Kelebihan aplikasi ini adalah pengguna boleh mendapatkan pelbagai ciri khas secara percuma tanpa perlu bimbang kerana data pengguna adalah terjamin selamat. Selain itu, Mukmin Pro mempunyai antaramuka atau ‘interface’ yang lebih focus dan menarik berlatarkan warna putih dan merah jambu terang, warna yang cukup sinonim dengan Fazura.

Keunikan aplikasi Mukmin Pro ini adalah ianya mengandungi pelbagai video-video Islamik terbaik, sesuai untuk semua peringkat umur yang dikemas kini pada setiap hari dari navigasi video seperti YouTube dan TikTok.

Program seperti kelas mengaji dan Tahsin Al-Quran, program Wakaf Quran dan Infaq makanan kepada golongan yang memerlukan juga ditawarkan di aplikasi ini.

Dengan adanya pakej-pakej yang menarik dan mampu milik, amalan seperti Qurban dan Aqiqah juga boleh dilaksanakan dengan mudah dengan menggunakan Mukmin Pro.

Aplikasi ini turut mempunyai rangkaian audio bacaan zikir, doa-doa harian dan surah-surah al-Quran, serta waktu solat, Azan dan navigasi Qiblat yang lebih dipercayai. Navigasi masjid-masjid yang berdekatan juga turut disediakan untuk para Mukmin.

Aplikasi Mukmin Pro ini boleh dimuat turun di aplikasi ‘App Store’ dan ‘Google Play’’ secara PERCUMA.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button