Berita

PCG CAPAI PRESTASI PECAH REKOD PADA TAHUN 2021, DENGAN STRATEGI KELESTARIAN YANG KUKUH

Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PETRONAS Chemicals Group Berhad (PCG) yang ke-24 telah berlangsung pada 21 April 2022 secara maya untuk membentangkan prestasi PCG kepada para pemegang saham bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021. Mesyuarat Agung Tahunan itu dipengerusikan oleh Pengerusi PCG, Datuk Ir. (Dr.) Abdul Rahim Hashim. Turut hadir ke mesyuarat itu, semua Ahli Lembaga Pengarah, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif PCG, Ir. Mohd Yusri Mohamed Yusof dan Ketua Pegawai Kewangan, Mohd Azli Ishak.

(Kiri ke kanan) PCG Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif, Ir. Mohd Yusri Mohamed Yusof; Pengerusi PCG, Datuk Ir. (Dr.) Abdul Rahim Hashim, bersama dengan Ketua Pegawai Kewangan, Mohd Azli Ishak di AGM ke-24 PCG.

Mohd Yusri Mohamed Yusof turut berkongsi tentang prestasi rancangan pertumbuhan, startegi kemampanan dan prospek PCG bagi tahun 2022.

PCG terus menumpukan tumpuan kepada operasi dan keselamatan loji mengekalkan kadar penggunaan logi terbaik  dalam kelas pada 93%, mencatatkan jumlah pengeluaran sebanyak 10.4 juta tan setahun (tpa) dan mengekalkan rekod keselamatan yang cemerlang.

Menurut Mohd Yusri, “strategi dua serampang kami dalam mengekalkan kekuatan petrokimia asas dan kepelbagaian derivative, bahan kimia khusus dan penyelesaian terus membuka jalan ke arah prestasi yang kukuh. Kelebihan daya saing PCG daripada kemudahan bersepadu kami, kelebihan logistic, portfolio yang pelbagai, jejak serantau dan hubungan pelanggan yang kukuh adalah kunci kepada prestasi ini. Hasil daripadanya, PBG menutup 2021 dengan Keuntungan Selepas Cukai tertinggi sebanyak Rm7.3 billion sejak penubuhannya.

Kami turut mengisytiharkan dividen sesaham dan nisbah pembayaran tertinggi untuk FY2021 sejak penyenaraian kami pada tahun 2010 iaitu jumlah dividen sebanyak 56 sen, termasuk dividen khass sebanyak 10 sen sesaham sempena ulang tahun ke-10 PCG. Dividen berjumlah RM4.5 billion mewakili nisbah pembayaran dividen sebanyak 61% daripada Keuntungan Selepas Cukai dan Kepentingan Bukan Kawalan (PATANCI), melebihi dasar dividen kami sebanyak 50% PATANCI”.

Mengulas mengenai strategi kelestarian PCG, Mohd Yusri berkata, “Kami telah membuat kemajuan yang baik dalam menyemai kelestarian pada teras bagi semua yang kami lakukan. Kami telah beralih kepada skop yang lebih luas, sejajar dengan tunggak Ekonomi, Alam Sekitar dan Sosial (EES) yang turut disokong oleh tadbir urus yang kukuh. Pada 2021, PCG mencapai kejayaan dengan penubuhan Pelan Pelepasan Karbon Sifar Bersih (NZCE) 2050 yang sesuai digunapakai oleh industry kimia bagi membimbing pembuatan keputusan strategic jangka masa Panjang mengenai kesan iklim, daya tahan perniagaan, serta peluang hasil daripada perubahan iklim dan ekonomi pekeliling. Di bawah pelan tersebut, yang juga sejajar dengan aspiraasi sifar bersih PETRONAS, PCG telah menetapkan sasaran pengurangan karbon baharu sebanyak 20% menjelang 2030, 60% lagi menjelang 2040 dan akhirnya, sifar bersih menjelang 2050.

Dari segi sosial, PCG terus melabur bagi kesejahteraan pekerja dan masyarakat melalui inisiatif yang telah memberi manfaat kepada lebih daripada 300,000 individu, termasuk pengagihan Pakej Bantuan COVID-19 untuk membantu mereka yang terjejas oleh wabak tersebut, inisiatif pelepasan banjur, Pendidikan awam mengenai plastic dan pengurusan sisa yang berkesan, pemulihan bakau dan program bio-kepelbagaian, antara lain.

“Pada ketika negara sedang beralih ke fasa endemik tahun ini, PCG kekal berhati-hati memandang kenaikan harga minyak dan komoditi serta ketengangan geopolitik yang mungkin memberi kesan kepada ekonomi global. PCG akan meneruskan kecemerlangan operasi dan komersial kami, usaha pengoptimuman kos dan mengejar peluang pertumbuhan pada tahun 2022. Kami yakin dengan asas yang kukuh PCG akan dapat memaksimumkan peluang sambal menavigasi ketidakpastian dalam dunia pasca pandemik, sambal terus mewujudkan nilai yang mampan bagi semua pihak berkepentingan kami”, kata Mohd Yusri.

Versi digital Laporan PCG 2021; Laporan Bersepadu, Laporan Kemampuan dan Laporan Kewangan boleh didapati di laman web PCG di https://www.petronas.com/pcg/media/reports dan laman web Bursa Malaysia di www.bursamalaysia.com di bawah pengumuman syarikat.

Maklumat lanjut tentang PCG boleh didapati di www.petronaschemicals.com.my

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button