Berita

Paparan Peranti Baharu Predator dan Nitro

Acer Malaysia melancarkan Predator Helios 300 dan Acer Nitro 5 dikuasakan oleh pemproses Intel Core Generasi ke-12.

“Selepas dua tahun berehar, kami teruja menghidupkan semula pameran untuk menunjukkan pemproses terbaharu Intel Core Generasi ke-12 bagi computer desktop dan computer ruba Acer dan Predator. Kami juga berjaya membawa monitor baharu bersaiz antara 34 hingga 42.5 inci dan projector gaming yang membolehkan visual 300 inci pada resolusi 4K atau 240Hz, kadar segar semuka laju dalam pengalaman gaming FHD. Pada masa yang sama, kami menawarkan promosi menarik kepada pelanggan serta aktiviti-aktiviti dan pemberian hadiah percuma kepada rakyat Malaysia”, menurut Johnson Seet, Pengarah Urusan Pengguna, Produk dan Pemasaran, Acer Malaysia.

Predator Helios 300 menampilkan ciri bar lampu nipis yang menambah estetika peranti gaming. Diperbaharui dengan pemproses Intel Core i7 Generasi ke-12 dan digabungkan dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX3080 yang menyokong Maximum Graphics Power (MGP) tinggi sehingga 150W, Predator Helios 300 yang popular itu siap dilengkapi untuk pengalaman gaming yang lebih hebat.

Dengan chassis yang dinaiktaraf, Acer Nitro 5 ada segalanya yang diperlukan gamer untuk meneroka permainan-permainan video baharu. Acer Nitro 5 dilengkapi dengan 32 GB DDR4 RAM dan 1TB SSD dengan tambahan slot 2.5” SATA, membolehkan gamer menguruskan beberapa aplikasi sekali gus.

Bagi meraikan pelancaran Predator Helios 300 dan Nitro 5, pelanggan yang membeli computer riba daripada stor rasmi Acer dan semua rakan kongsi rasmi sebelum 14 Julai layak menerima barangan Acer bernilai sehingga RM833. Pelanggan yang membeli Predator Helios 300 dan Nitro 5 di pameran ‘It Lies Within’ juga akan menerima pulangan tunai sehingga RM150.

Acer Malaysia menganjurkan pameran ‘It Lies Within’ di Sunway Pyramid bermula 29 Jun 2022 hingga 3 Julai 2022 dengan aktiviti, hadiah dan promosi yang menarik. Jualan kilat juga bakal kembali pada 2 dan 3 Julai 2022 dari 10 pagi hingga 12 tengah hari.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook Predator Gaming Malaysia @PredatorGamingMY atau hubungi talian Infoline Acer Produk di 1800-88-1288 (9 pagi – 6 petang, Isnin hingga Jumaat), atau emelkan kepada ama.marcom@acer.com

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button