Berita

OPPO sekali lagi mendahului dalam pengecasan SUPERVOOC dan sambungan berkelajuan tinggi kepada pengalaman 5G rakyat Malaysia masa hadapan.

Kuala Lumpur, 29 Mac 2022 – Apabila dengar sahaja jenama OPPO, mesti terlintas dalam fikiran dengan perkataan ‘inovasi’. Hal ini kerana, OPPO terkenal dengan penggunaan teknologi yang canggih. Sebagai contoh, baru-baru ini sahaja di Kongres Dunia Mudah Alih 2022 (MWC), OPPO telah meneruskan untuk meneroka dan memberi inspirasi agar sama dengan visi OPPO yang telah diperbaharui kepada “Inspiration Ahead”, dengan menyediakan pengalaman yang ideal dalam penggunaan digital untuk pengguna OPPO.

Sejajar dengan semangat, OPPO telah mengumumkan bahawa rangkaian produknya, termasuk pengecas pantas 150W SUPERVOOC™ dengan Enjin Kesihatan Bateri yang dapat menggandakan hayat bateri dan pengecas pantas 240W SUPERVOOC™ yang mengecaskan telefon pintar anda hanya dalam masa 9 minit sahaja.

Untuk pengetahuan semua, salah satu ciri yang menjadi keutamaan telefon pintar adalah kapasiti baterinya dan teknologi pengecasan pantas produk OPPO telah diketahui mendahului zamannya sejak, pengecasan pantas 5V/4A pada tahun 2014 lagi. Untuk mengikut teknologi terkini SUPERVOOC telah menjanjikan kepada penggunanya untuk mempercepatkan pengecasan dengan menyampaikan kuasa pada voltan dan arus yang betul agar dapat menjaga dan memastikan jangka hayat bateri panjang.

Pihak OPPO memahami semua pengguna telefon pintar menginginkan jangka hayat bateri telefon  mereka panjang agar mudah untuk melakukan pekerjaan. Oleh itu, dengan adanya teknologi SUPERVOOC™ ia dapat membuat jangka masa untuk mengecaskan telefon pintar pendek ii membuatkan pengguna dapat bermain atau melakukan pekerjaan.

Selain itu, OPPO telah melancarkan OPPO 5G CPE T2 untuk selaras dengan penggunaan 5G masa kini. Produk OPPO 5G CPE T2, yang bakal disediakan untuk pasaran tempatan pada H2 2022 berpontensi untuk menggalakkan penggunaan 5G di dalam negara malah di luar negara juga. Produk ini mula diperkenalkan semasa MWC 2022 dan menampilkan sambungan 5G berbentuk silinder yang berkuasa. T2 telah direka agar dapat menjadi hab tera dalam pelbagai senario dan dapat bersambung dengan pelbagai peranti.

OPPO 5G CPE T2

CPE yang digunakan OPPO ini befungsi untuk menukar isyarat rangkaian mudah alih. Dengan penggunaan 5G yang berkembang pesat di seluruh dunia, CPE 5G menawarkan pengalaman internet 5G yang berkelajuan tinggi kepada penggunanya dengan hanya memasang SIM 5G. Ia juga membenarkan mereka yang mempunyai akses terhad kepada internet jalur lebar tetap sebagai alternatif untuk menikmati akses internet pantas.

Tambahan pula, OPPO kini bekerja keras untuk melakukan penyelidikan yang mendalam untuk piawaian Keluaran 17 dan 18. Sebagai salah satu syarikat yang pertama melancarkan inisiatif penyelidikan ke dalam BSGG, kumpula OPPO standard melancarkan kajian pertama 5G+AI dalam projek SA1. OPPO turut melancarkan Makmal Inovasi 5Gnya untuk meningkatkan rangkaian 5G di telefon pintar seluruh dunia.

OPPO yakin bahawa teknologi berfungsi berdasarkan misi jenamanya iaitu “Teknologi untuk Manusia, Baik untuk Dunia”. Pengguna OPPO akan lebih tersedia dengan penggunaan 5G kerana OPPO akan melancarkan lebih banyak peranti berkuasa 5G agar pengguna dapat terus menerokai dunia teknologi dalam kehidupan seharian mereka.

Untuk maklumat lebih lanjut tentang OPPO 5GCPE T2, sila layari https://www.oppo.com/my/newsroom/press/oppo-introduces-oppo-5g-cpe-t2-mwc2022/.

Manakala, jika untuk mengetahui tentang teknologi pengecasan pantas boleh lawati laman ini https://www.oppo.com/my/newsroom/press/oppo-launches-flash-charging-tech-mwc2022/.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button