Berita

OPPO Memperkenalkan Reno7 Z 5G

Kuala Lumpur, 29 Mac 2022 – Oppo telah mengumumkan pelancaran tambahan yang terbaharu kepada Siri Reno7 5G – Reno7 Z 5G – pada hari ini, di Malaysia. Reno7 Z 5G dikuasakan oleh Platform Mudah Alih Qualcomm® Snapdragon ™ 695 5G, ia telah dilengkapi dengan Potret Suar Bokeh dan fitur pengimejan HDR untuk Swafoto dan  Pencahayaan Dwi Orbit yang pertama dalam industri turut menjadi pelengkap Reno7 Z 5G. Dengan letaknya ciri eksklusif OPPO- rekaan OPPO Glow, Reno7 Z 5G ialah sebuah telefon pintar 5G dengan mempunyai  fotografi potret professional yang direka khas untuk memotretkan pelbagai gaya hidup semua.

Oppo masih terus dengan rekaan yang ikonik siri Reno, Reno7 Z 5G memperkenalkan Rekaan Retro Ultra Nipis dan dua warna baharu iaitu Rainbow Spectrum dan Cosmic Black. Reno7 Z 5G ialah telefon pintar pertama yang menggunakan tekstur matte dan kilauan yang bersambung bagi, menggantikan bahan asas berlebihan yang biasanya terdapat di sekeliling modul kamera lain. Reno7 Z 5G membuat kemunculan pertama  Pencahayaan Dwi Orbit OPPO, yang disekalikan secara berhati-hati di belakang dua kamera utama.Pencahayaan Dwi Orbit akan bercahaya atau berkelip berbeza warna iaitu, warna biru elektrik, biru muda, biru cyan atau biru lembut mengikut keaadan seperti telefon dihidupkan, pengecasan, terima notifikasi , dan lain-lain lagi.

Manakala pada bahagian hadapan Reno7 Z 5G, ada sebuah paparan AMOLED 6.4-inci dengan kadar segar semula 60Hz dapat memberikan pengalaman visual yang lancer. Tambahan pula dengan paparan yang telah diiktiraf oleh pihak Netflix HD dan Amazon Prime Video HD berkemampuan untuk menayangkan kualiti video yang sangat tinggi.

Reno7 Z 5G merupakan antara peranti pertama yang dikuasak oleh Platform Mudah Alih Qualcomm® Snapdragon™ 695 5G yang telah direka melalui proses 6nm. Reno7 Z 5G  turut menampilkan bateri 4,500 mAh yang besar dan pengecasan pantas 33W SUPERVOOC yang mampu buat peranti dicas hingga 100% dalam masa 63 minit sahaja atau melakukan panggilan selama tiga jam dengan cas hanya selama 5 minit.

Sebanyak 8GB RAM dan 128GB ROM turut ada pada Reno7 Z 5G . RAM asal telefon telefon pintar 8GB RAM boleh ditambah 5GB yang besar apabila teknologi Penambahan RAM OPPO digunakan dengan hanya memperuntukkan ROM buat seketika, dan ia membolehkan pelbagai aplikasi memori yang berat dapat beroperasi secara serentak dengan sela masa yang berkurang. Ini dapat  membuatkan prestasi Reno7 Z 5G lebih berkuasa untuk melakukan sebarang acara.

Reno7 Z 5G  turut menjanjikan pengguna pengalaman yang lancar dan serba boleh dengan ColorOS 12. Hal ini kerana, Reno7 Z 5G  merupakan salah satu yang terawal yang hadir dengan ColorOS 12 yang di prapasang. Isyarat Udara AI yang membenarkan pengguna menjawab panggilan, menyenyapkan panggilan dengan meleretkan tangan ke udara.

Keselamatan dan privasi akan dipastikan pada peringkat system pengendalian pada ColorOS 12 dan telah diperakui oleh pihak ketiga seperti ISO dan ePrivacy.

Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan Reno7 Z 5G, sila layari https://www.oppo.com/my/

Atau ingin membuat prapesanan boleh dibuat di https://rb.gy/zne2ka. Untuk mengetahui soal cabutan bertuah Reno7 Z 5G eksklusif di Shopee, sila lawati https://shp.ee/seszv6b.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button