Berita

OPPO Find X5 Pro 5G menampilkan MariSilicon X yang dibangunkan sendiri buat pertama kali oleh OPPO.

Siri Find X yang berprestij lagi premium, memperlihatkan focus dalam meningkatkan keupayaan kamera dalam pakej yang anggun dan bergaya lagi kukuh.  Penambahbaikan pada telefon tahun ini sebahagian besarnya hadir daripada kemunculan pertama Pengimejan NPU OPPO sendiri iaitu MariSilicon X yang mengaktifkan 4K Video Malam Ultra melalui sensor utama Sony IMX766 dan Penentukuran Warna Semulajadi Hasselblad.

OPPO telah melonjakkan sempadan fotografi telefon pintar ke tahap seterusnya dengan membangunkan NPU Pengimejannya sendiri, iaitu MariSilicon X, yang membolehkan pengguna merakam 4K Video Malam Ultra dan mengambil gambar berkualiti tinggi pada waktu malam dengan mudah.

Dengan ciri-ciri berkelas tinggi juga hadir hanya yang terbaik dalam rekabentuk telefon pintar menerusi Find X5 Pro 5G yang menjelmakan rasa premium dengan bahagian belakang seramik sebenar ultra keras yang tersedia dalam kedua-dua warna Ceramic White dan Glaze Black. Dua kali lebih kuat berbanding kaca konvensional, bahagian belakang seramiknya juga mempunyai pelesapan haba yang tinggi serta kalis percikan, air dan habuk dengan penarafan IP68.

Dedikasi OPPO kepada penambahbaikan terbaik fotografi mudah alih tidak terlepas daripada tumpuan, apabila salah seorang penyiar Malaysia yang paling berjaya iaitu Owen Yap, telah menjadi pengguna Siri Find X, sejak Find X3 Pro.

Pratempahan OPPO Find X5 Pro 5G dari 18 sehingga 27 Mei 2022 dan layak menerima hadiah-hadiah percuma bernilai RM1,397 sehingga RM1,726. Sebagai tambahan kepada hadiah-hadiah percuma, OPPO Find X5 Pro 5G juga didatangkan dengan Servis Premium OPPO, di mana para pengguna dapat menikmati 7 faedah utama. Yang pertama, OPPO menawarkan Servis Kurier Hantar-masuk percuma di mana pengguna boleh menikmati servis pembaikpulihan melalui laman sesawang rasmi OPPO atau Aplikasi My OPPO.

Untuk maklumat lanjut mengenai OPPO Find X5 Pro 5G, sila layari https://www.oppo.com/my/smartphones/series-find-x5-pro/

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button