Berita

Musim baharu ‘Confession Bilik Gelap’ rungkai pengakuan tulus daripada insan-insan hebat di Malaysia

Musim ketiga “Confession Bilik Gelap” Podcast SYOK, termasuk suara anak muda tempatan dari semua latar belakang dan personaliti negara yang hebat, tersedia untuk semua peminat podcast audio. Siri ini memaparkan liku-liku kehidupan yang menjadi sumber inspirasi rakyat Malaysia. Melalui aplikasi dan laman web rasmi SYOK, musim ketiga “Confession Bilik Gelap” sedang distrim.

Musim baharu ‘Confession Bilik Gelap’ mengetengahkan kisah jatuh bangun, ujian hidup, takdir tidak dijangka serta kecekalan dan kebangkitan yang diharungi oleh insan-insan hebat termasuk ahli politik disegani, suri mantan Perdana Menteri, pelantun irama dangdut Malaysia, pejuang anak autistik dan ramai lagi. Perkongsian santai dan bermanfaat ini dihoskan oleh Rosie Haslinda Nasir, penulis buku dan novel tempatan.

Para peminat ‘Confession Bilik Gelap’ boleh strim dan menantikan episod-episod dalam musim ketiga ini, termasuk:

  • Episod 1: Syed Saddiq – Antara Khianat Dan Suri Hari Yang Dia Cari
  • Episod 2: Ifa Raziah – Dari Flat Pekeliling, Mogul Perniagaan Dan Manusia Yang Menikam
  • Episod 3: Iman Wan Tuck Meng – Jihad Seorang Ayah Mengasuh Anak Autistik
  • Episod 4: Ahirine Ahirudin – Wanita dan Dunia Lasak

Nantikan episod-episod baharu siri SYOK podcast ini yang akan disediakan pada setiap Isnin, bermula jam 10 pagi menerusi aplikasi dan di laman rasmi SYOK. Para peminat boleh menantikan episod selanjutnya pada minggu-minggu berikutnya.

Untuk maklumat lanjut tentang siri SYOK Podcast ‘Confession Bilik Gelap’ Musim Ketiga, layari bm.syok.my/podcast atau muat turun aplikasi SYOK.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button