Berita

MRC MENJAYAKAN MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFIRTRI, RIA ANAK-ANAK YATIM BERSAMA RAKAN-RAKAN INDUSTRI DAN MEDIA

Majlis Getah Malaysia (MRC) mengadakan Rumah Terbuka buat pertama kali, ketika umat Islam di seluruh negara menyambut Aidilfitri dengan penuh meriah tahun ini, selepas dua tahun sambutan dalam kesederhanaan.

Matlamat asas acara ini, yang dbertemakan “JOM RAYA,” adalah untuk meningkatkan persaudaraan antara pihak berkepentingan MRC dan rakan industri getah, di samping menekankan tradisi sambutan Aidilfirtri agar semua kaum, agama dan budaya dapat berkongsi kegembiraan ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MRC, Nor Hizwan Ahmad dalam ucapan alu-aluannya berkata, “Sambutan hari raya pada hari ini amat bermakna kepada kita semua kerana kita memahami dan bertolak ansur terutama di kalangan warga Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK). Agensi dan majlis di bawah KPPK, serta wakil industri getah yang banyak membantu dalam menjana pendapatan ekonomi.”

MRC turut menyampaikan sumbangan Aidilfitri sebanyak RM 6000 kepada 60 penerima daripada Rumah Anak-Anak Yatin dan Asnaf Qaseh Ibu, dengan harapan dapat meringankan beban dan menambahkan lagi makna dalam sambutan Aidilfitri mereka tahun ini.

Penghibur veteran daripada ensembel Nostalgia Klasik membuat persembahan di rumah terbuka MRC tahun ini, menyanyikan lagu-lagu terkenal Hari Raya Aidilfitri dari 1980-an. Sebagai tanda terima kasih atas kerjasama dan sokongan MRC dan industri getah negara setakat ini, rakan media turut dijemput.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button