Berita

MR D.I.Y. perhebat tawaran runcit dengan MR D.I.Y. PLUS

MR D.I.Y. PLUS kini dibuka di Mid Valley Megamall. Kedai berkeluasan 30,000 kaki persegi itu mempamerkan kira-kira 20,000 jenis produk dalam lima kategori utama iaitu perkakasan, barangan kegunaan rumah dan perabot, elektrik, alat tulis dan produk kelengkapan sukan dan lain-lain (termasuk permainan, aksesori kereta, barang kemas, kosmetik, produk makanan dan minuman serta produk penjagaan diri dan kesihatan).

Mengulas mengenai kedai tersebut, Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh berkata “MR D.I.Y. PLUS ini dibangunkan berdasarkan maklumat dan maklum balas pelanggan yang dikumpul oleh MR D.I.Y. sebagai sebahagian daripada proses penyelidikan pelanggan dan analisis data yang berterusan.

MR D.I.Y. PLUS adalah jenama terkini dari rangkaian jenama Kumpulan MR D.I.Y. yang turut merangkumi jenama asal MR D.I.Y. yang dilancarkan pada 2005, diikuti oleh MR TOY pada 2019, MR DOLLAR pada 2020 dan MR D.I.Y. Express pada 2021. Pembukaan MR D.I.Y. PLUS menjadikan jumlah keseluruhan kedai milik Kumpulan MR D.I.Y. melebihi 950.

Untuk tempoh yang terhad, para pelanggan yang mengunjungi MR D.I.Y. PLUS boleh mencuba kotak-kotak pengalaman DIY pengalaman yang unik di kedai itu, yang melambangkan pelanggan-pelanggan MR D.I.Y. dari pelbagai latar belakang. . Kotak-kotak DIY itu merangkumi seorang bapa yang bekerja, suri rumah, remaja perempuan, penyokong inisiatif lestari, dan peminat barangan perkakasan dan aktiviti berkebun.

Untuk maklumat lanjut mengenai MR D.I.Y. PLUS, layari laman web MR D.I.Y www.mrdiy.com , platform e-dagang www.mrdiy.com.my dan saluran media sosialnya di Facebook dan Instagram.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button