Berita

MENDAPAT TONTONAN 300,000 DALAM 10 HARI, LAGU ‘COME FOLLOW ME’ MENDAPAT SAMBUTAN HANGAT RADIO TEMPATAN DAN ANTARABANGSA

Lagu hasil kerjasama antara penerbit terkenal Sweden, Tomas Gralind dan jurutera audio terkenal, Martin Ankelius dari Cutting Room Sweden serta calon Anugerah Grammy, Bjorn Engelmann yang berjudul ‘Come Follow Me’ nyanyian Sasi The Don, Duta Reggae Asia telah mendapat 300,000 tontonan Youtube dalam masa 10 hari selepas dilancarkan dan mendapat sambutan yang hebat di radio tempatan dan juga antarabangsa.

Lagu yang dibawakan oleh Sasi dan penyanyi tanah air, Sherilyn Marissakee dan penyanyi Sweden, Sofie Andren itu mendapat permintaan yang tinggi. Radio kegemaran Malaysia seperti HITZ.fm dan Fly.fm juga turut memainkan ‘Come Follow Me’ kerana rentak dan irama lagunya yang menghiburkan.

Sasi The Don menghasilkan lagu yang boleh diterima oleh semua lapisan masyarakat dari pelbagai budaya dan negara. Diinspirasikan dari usaha melawan pandemik, di mana orang ramai terkesan sewaktu perintah kawalan pergerakkan dikuatkuasakan terutamanya menghadkan kebebasan awam untuk bergerak dan menjana pendapatan.

Penyanyi lagu ‘Come Follow Me’ itu berharap lagu ini dapat memberikan motivasi kepada orang ramai mengikut langkah beliau untuk menempuh segala rintangan dan cabaran.

“Saya percaya muzik mempunyai kuasa yang tidak dapat digambarkan untuk memberikan semangat, empati dan kekuatan. Dengan bantuan rakan-rakan karib saya, ‘Come Follow Me’ menjadi saluran yang tepat bagi mereka yang memerlukan ruang yang selamat untuk memperoleh inspirasi, motivasi dan semangat juang untuk terus maju walaupun berhadapan dengan cabaran.” kata Sasi.

Digi Telecommunications menunjukkan sokongan mereka dengan menaja pelancaran dan pemasaran lagu ‘Come Follow Me’. Menurut Lo Wei Tzen, Ketua Penjenamaan dan Media Digi, “kami menghargai usaha Sasi untuk mengadaptasikan situasi kini dan memanfaatkan internet dan perhubungan, membolehkan kerjasama kreatif merentas sempadan. Sebagai penyedia perkhidmatan digital, inisiatif ini sejajar dengan usaha kami di dalam menyediakan perkhidmatan internet melalui hubungan menyeluruh”.

Peminat dan pendengar boleh mendengar dan menstrim lagu ‘Come Follow Me’ di platform muzik seperti Youtube dan Spotify. Dengarkan Sasi di HITZ.fm, Fly.fm dan stesen-stesen radio yang lain. Sila layari http://www.youtube.com/watch?v=MLF8yl1PeS8 untuk menonton video muzik ‘Come Follow Me’.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button