Berita

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA SYRIA CARE DAN YAYASAN EZ PRIHATIN

 

Syria Care telah melaksanakan beberapa langkah dan usaha untuk memastikan usaha kemanusiaan diteruskan. Kempen Bantuan Musim Sejuk 10.0, yang berlangsung dari 21 September hingga 31 Disember 2022, baru sahaja dipersetujui oleh Yayasan EZ Prihatin dan Syria Care.

Yayasan EZ Prihatin adalah sebuah pertubuhan yang sengat dekat dengan isu-isu kebajikan dan kemanusiaan. Memilih untuk bersama Syria Care kali ini bertujuan untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke negara bergolak, Syria.

Kerjasama ini akan digerakkan untuk mengumpul dana serta pengumpulan pakaian sejuk terpakai bagi Kempen Bantuan Musim Sejuk 10.0 melalui dua (2) projek yang bakal dilaksanakan iaitu:

  • Kempen Bantuan Musim Sejuk 10.0

Kempen ini secara keseluruhan yang menyasarkan jumlah kutipan dana sebanyak RM1.7 juta. Yayasan EZ Prihatin akan menggerakkan pengumpulan dana minimum sebanyak RM300,000 bagi menjayakannya.

  • Projek Warm Their Water

 

Bagi projek ini Yayasan EZ Prihatin akan turut mengantar sukarelawan ke lapangan bagi membantu proses pengumpulan pakaian minum sejuk. Aktiviti ini akan diadakan seperti berikut:

 

Tarikh: 2-8 Oktober 2022

Masa: 8.30 pagi hingga 5.30 petang

Tempat: Laman 83 Event Space, 2-G-06, D’Vida Business Centre, Jalan Bazar u8/101, Seksyen U8, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor.

Ini adalah satu platform yang tepat bagi Syria Care serta Yayasan EZ Prihatin untuk menzahirkan solidarity kemanusiaan dengan mengambil tanggungjawab bersama dalam membantu pelarian di Syria yang bakal berdepan dengan musim sejuk tidak lama lagi.

Bagi sebarang pertanyaan atau ingin menyumbang, sila hubungi Syria Care di talian 03-5523 4077 atau 011-288 9820 atau layari laman sesawang www.syriacare.org.my serta saluran media social Syria Care Malaysia di Facebook, Instagram dan Twiter atau subscribe Syria Care Media di Youtube.

 

Syria Care

Pengerusi

Puan Siti Sakinah Meor Omar Baki

 

Yayasan EZ Prihatin

Pengurus Operasi I

En. Muhammad Zulfadhli Bin Mohamad Zain

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button