Berita

MAPIM Lancar Ikatan Selebriti Pencinta Al-Aqsa (KACA)

Umum melihat kesucian Masjid Al Aqsa kini diceroboh oleh perbuatan zionis Israel, oleh itu Majlis Perundingan Pertubuhan Malaysia (MAPIM) memainkan peranannya melalui penubuhan Ikatan Selebriti Pencinta Al Aqsa (KACA).

Objektif penubuhan KACA adalah bertujuan mempertahankan dan berjuang serta melindungi Masjid Al Aqsa yang melibatkan penyertaan daripada para seniman dan barisan selebriti tanah air.  Peranan para seniman dan barisan selebriti dilihat melalui kesedaran terhadap masyarakat dapat ditingkatkan melalui pengaruh mereka yang sedia ada supaya isu serius ini mendapat perhatian oleh seluruh rakyat Malaysia.

Dengan harapan, tugas-tugas yang perlu dilaksanakana sebagai anggota KACA seperti jelajah penerangan, penggumpulan dana Al Aqsa, menarik sokongan peminat, kempen boikot Israel dan kempen bantu murabitun Al Aqsa dapat dilaksanakan dengan baik dan cemerlang oleh para selebriti yang menyertai kempen ini.

Bagi mengukuhkan solidariti para seniman antarabangsa kepada perjuangan Palestin dan pembebasan Masjid Al Aqsa terhadap pencabulan zionis Israel, MAPIM menyeru dan mengalu-alukan golongan seniman dan budayawan untuk mengguna kemahiran mereka mengangkat keprihatinan dunia terhadap isu ini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button