Berita

MALAYSIA TOURISM INDUSTRY AWARD 2022, Mengiktiraf Kecemerlangan Penggiat Industri Pelancongan

Anugerah Sektor Pelancongan Malaysia 2022, yang akan disampaikan hari ini di Hotel The Royale Chulan Kuala Lumpur, telah menamakan lebih 60 ahli industri pelancongan sebagai pemenang. Anugerah itu, yang buat pertama kalinya, diberikan kepada pemimpin industri pada malam yang menakjubkan untuk menghargai kecemerlangan dan sumbangan mereka kepada pertumbuhan industri pelancongan negara.

Anugerah berprestij ini merupakan satu penghormatan dan penghargaan tertinggi kepada individu dan organisasi yang sumbangan cemerlangan mereka memainkan peranan penting dalam kejayaan industry pelancongan Malaysia. Majlis Anugerah Industri Pelancongan ini dianjurkan dengan Kerjasama Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) dan Santai Travel. Majlis ini turut dijayakan dengan Kerjasama rakan strategik yang terdiri daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Islamic Tourism Centre, Tourism Malaysia, MiTDA dan Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur.

Menurut Dato’ Dr. Hj Mohd Khalid Harun, Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA). Anugerah Industri Pelancongan adalah anugerah kemuncak industry pelancongan yang mengiktiraf semua penggiat industry Malaysia dalam menjayakan aspirasi pelancongan negara.

Anugerah ini juga secara tidak langsung menjadi motivasi kepada seluruh penggiat industry pelancongan dan hospitality di Malaysia untuk bekerja dengan lebih gigih lagi mempromosikan perniagaan pelancongan sekali gus mewujudkan imej positif negara di seluruh dunia.

Pada majlis tersebut juga, TYT Tun Seri Setia (Dr.) Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam dan Tan Sri Dato’ Sri Haji Abdul Kadir bin Sheikh Fadzir, mantan Menteri Pelancongan, kesenian & kebudayaan telah dinobatkan sebagai ikon Pelancongan 2022. Sementara penyanyi Jaclyn Victor telah diumumkan sebagai ikon Pelancongan kategori selebriti.

Acara ini juga merupakan platform terbaik bagi penggiat industry pelancongan negara untuk berganding bahu serta bekerjasama dalam menjayakan aspirasi pelancongan negara.

Justeru anugerah ini dapat memberi inspirasi kepada penggiat industri pelancongan yang bukan sahaja mengharungi detik sukar semasa pandemik dan terus bertahan dalam situasi paling mencabar itu. Memandangkan negara sudah keluar dari fasa pandemic namun tugas untuk memastikan sector pelancongan ini terus maju adalah tugas bersama.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button