Berita

Majlis Pelancaran Kedai Anda dan Kafe Anda di Stesen LRT Taman Perindustrian Puchong

Sebuah anak syarikat yang dimiliki oleh Prasana iaitu Prasana Intergrated Development Sdn. Bhd telah diamanahkan untuk menjana pendapatan dengan menggunakan segala aset sedia ada bagi Syarikat melalui inisiatif-inisiatif komersial dan penghasilan aktiviti perniagaan dan perdagangan.

Pada masa yang sama, PRIDE juga melaksanakan tanggungjawab sosial dengan membantu rakyat Malaysia yang terkesan dengan impak negatif penularan wabak Covid-19 yang melanda.

Pada hujung minggu lepas, PRIDE telah melancarkan pasar bergerak YUGIFRESH di Stesen LRT Putra Heights untuk membantu lebih ramai usahawan daripada industri tani. PRIDE berharap agar pasaraya bergerak ini akan diadakan di stesen-stesen lain untuk kemudahan pengguna perkhidmatan pengangkutan awam kendalian Prasarana.

PRIDE sentiasa memberikan sokongan yang penuh kepada pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan seperti Pertubuhan Amal Uncle Kentang Malaysia juga turut menghulurkan bantuan kepada kumpulan yang kurang berkemampuan ini.

Sehubungan dengan itu, Kedai Anda dan Kafe Anda di stesen Taman Prindustrian Puchong ini telah dibuka dan diuasahakan oleh Uncle Kentang dan pasukannya.

Anda boleh membuat sumbangan kepada PAUKM agar kedua-dua kedai dan kafe ini terus dapat beroperasi dengan menyediakan barangan pada harga yang lebih rendah iaitu 10 sen dan makanan pada RM1.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button