Berita

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA DAN UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Jabatan Perangkaan Malaysia dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) disaksikan oleh pegawai kanan kedua-dua agensi dan ditandatangani oleh Ketua Perangkawan Malaysia, YBhg. Dato’ Sri Dr Mohd Uzir Mahidin, dan Naib Canselor UMT, YBhg. Madya Dato’ Dr Mazlan Abd Ghaffar. Acara ini dijalankan sempena Seminar My Local Stats and Sustainable Development Goals (SDG) di Dewan Sultan Mizan Universiti Malaysia Terengganu.

DOSM dan UMT telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai perkongsian kepakaran profesional dalam bidang berkaitan pengumpulan, tafsiran, penyebaran dan analisis statistik rasmi. Selain itu, kedua-dua pihak juga akan bekerjasama dalam analisis data, hasil analisis perkongsian penyelidikan dan melaksanakan kerjasama berkaitan penyelidikan dan perkongsian ilmu dalam bidang statistik.

MoU ini merupakan pemeteraian kedua puluh satu oleh DOSM dengan Institusi Pengajian Tinggi. Kerjasama itu akan menghasilkan pakar subjek untuk kedua-dua pihak bagi memenuhi keperluan semasa dan masa hadapan untuk data. Ia akan menggunakan teknik statistik terkini, aplikasi sains data dan analitik dan pendekatan inovatif lain.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button