Berita

LRT LALUAN KELANA JAYA AKAN DIBUKA SEPENUHNYA PADA 14 NOVEMBER 2022

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail), penyedia perkhidmatan LRT, MRT, dan Monorel di Lembah Klang, akan mula beroperasi penuh laluan LRT Laluan Kelana Jaya pada jam 6 pagi pada hari Isnin, 14 November 2022, dua hari lebih awal daripada jadual ( APAD).

Berdasarkan Analisa keatas ujian meluas yang dijalankan pakar teknikal Rapid Rail dan pihak OEM Thales Group, APAD telah mengesahkan kestabilan sistem kawalan tren automatic (ATC) dan mengisytiharkan perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya selamat untuk beroperasi sepenuhnya.

En. Mohd Azharuddin Mat Sah, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad berkata kelulusan yang diberikan adalah satu berita yang amat dialu-alukan setelah sebahagian daripada LRT Laluan Kelana Jaya digantung perkhidmatannya.

Pampasan Kepada Pengguna LRT

Sebelum ini, pihak Rapid Rail telah mengumumkan pemberian tambang percuma untuk setiap hari gangguan perkhidmatan kepada pengguna LRT Laluan Kelana Jaya.

Sebahagian perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya telah digantung selama lima (5) hari, namun pengguna akan diberi perjalanan percuma selama tujuh (7) hari. Ini akan dilaksanakan seperti berikut*:-

Pengguna My50

  • Pengguna akan diberi tambahan perjalanan percuma selama tujuh (7) hari apabila memperbaharui pas My50 setelah tamat tempoh. Pembaharuan boleh dilakukan bermula 21 November hingga 20 Disember 2022.
  • Pengguna perlu ke mana-mana Pejabat Khidmat Pelanggan di stesen LRT, MRT, Monorel dan BRT dan Pegawai Khidmat Pelanggan akan membuat pengesahan.
  • Bagi pelanggan pas My50 yang tamat tempoh di antara Isnin 14 November hingga Ahad 20 November 2022, boleh menggunakan pas seperti biasa tanpa sebarang caj. Sila pastikan sekurang-kurangnya RM5.00 nilai tersimpan dikekalkan di dalam pas.

Pengguna Kad Touch ’n Go

  • Pengguna kad Touch ‘n Go yang menggunakan perkhidmatan Laluan Kelana Jaya boleh menggunakan kad seperti biasa tanpa sebarang caj diantara isnin 14 November hingga Ahad 20 November 2022 dengan syarat destinasi mula atau akhir adalah di mana-mana stesen Laluan Kelana Jaya.
  • Sila pastikan sekurang-kurangnya RM5.00 nilai tersimpan dikekalkan di dalam kad.

Pengguna Token

  • Semua pengguna yang menggunakan perkhidmatan Laluan Kelana Jaya dari isnin 14 November sehingga Ahad 20 November layak untuk menikmati tambang percuma.
  • Pengguna perlu ke mana-mana Pejabat Khidmat Pelanggan di stesen LRT, MRT, Monorel dan BRT untuk mendapatkan token khas perjalanan sehala, dengan syarat destinasi mula atau akhir adalah di mana-mana stesen Laluan Kelana Jaya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button