Berita

Lotus’s Malaysia meningkatkan kebolehpasaran produk tempatan melalui Kempen Beli Barangan Malaysia yang kelima bersama KPDNHEP

 

Kempen Beli Barangan Malaysia 2022 telah dimulakan oleh Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan matlamat mempromosi kebanggaan negara dan penggunaan barangan keluaran tempatan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Pelancaran Kempen Belu Barangan Malaysia di Lotus’s Shah Alam hari ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Rosol bin Wahid, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia serta diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif Halal Development Corporation Hairol Ariffien Sahari dan Kenneth Chuah, Presiden Lotus’s Malaysia.

 

Sebagai tanda sokongan yang berterusan bagi menggalakkan pertumbuhan dan pembangunan jenama barangan buatan Malaysia, Lotus’s komited dalam melaksanakan tanggungjawabnya untuk menyokong, menginovasi, menambah baik dan menggalakka keupayaan dan kapasiti pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan melalui pengelolaan program B2B yang pesat.

Beliau turut menambah bahawa Pasukan Sokongan PKS Lotus’s sentiasa mencari pembekal baru yang berpotensi melalui Kerjasama bersama KPDNHEP dan agensi kerajaan kerajaan lain seperti Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan HDC.

Bagi membantu meningkatkan kebolehpasaran produk keluaran tempatan daripada 95 rangkaian PKS nya, Lotus’s juga akan menjalankan pelbagai aktiviti penglibatan media, komunikasi dan promosi dalam pasaraya dan pensampelan produk bagi meraih minat dan kepercayaan pengguna terhadap kualiti, harga barangan buatan Malaysia yang berpatutan bermula dari sekarang sehingga Disember 2022. Kini, pengguna awam boleh menikmati lebih dari 800 produk buatan Malaysia yang mana 400 produk daripadanya disahkan Halal di semua 64 cawangannya di seluruh negeri.

Sebahagian daripada pelancaran Kempen Beli Barangan Malaysia di Lotus’s, ruangan telah diberi kepada 15 daripada 95 rangkaian PKS Lotus’s yang terlibat bersama lima perusahaan social dan NGO untuk mempromosikan produk mereka dan usaha-usaha amal yang dijalankan.

Sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada pengusaha jenama dan produk tempatan, Lotus’s bersama KPNHEP dan HDC telah menyampaikan sepuluh anugerah kepada Pembekal PKS Lotus’s Terbaik, tiga perlantikan dan pengiktirafan PKS yang baru melalui pensijilan PKS Lotus’s Baru Terbaik, dan lima anugerah kepada PKS yang telah mencatat jualan tertinggi melalui ‘Kempen Jadikan Halal Pilihan Utama Anda’ Kerjasama bersama HDC.

Selaras dengan semangat #KitakanJiran dan bagi menggalakkan inisiatif yang dijalankan oleh kelima-lima NGO dan usahawan social yang terlibat, Lotus’s juga turut menyumbang baucar bernilai RM500 setiap satu kepada mereka.

Selain itu, Lotus’s turut berkongsi tentang pengorakkan Langkah terbarunya yang bertujuan untuk membangunkan dan memperkasakan generasi usahawan kedai runcit moden di Malaysia. Pelbagai bimbingan perniagaan juga bakal dikongsikan bagi membantu lebih ramai usahawan kedai runcit tempatan untuk berkembang dan mempunyai akes ke pasaran yang lebih luas serta mampu beroperasi dengan lebih menguntungkan.

Lotus’s juga telah melancarkan acara Fiesta Nusantara Bersama Lotus’s. Program ini akan mengumpulkan 80 usahawan tempatan dari seluruh negeri untuk mempromosikan makanan tradisional, seni & kraftangan, aksesori, pakaian dan produk penjagaan kecantikan kepada pengguna di emoat cawangannya, iaitu Lotus’s Ampang, Lotus’s Rawang, Lotus’s Semenyih dan Lotus’s Shah Alam sehingga ke akhir tahun ini. Orang ramai boleh mengikuti halaman media social Lotus’s untuk informasi lanjut dan terkini.

Selanjutnya, bagi menyokong pertumbuhan ekonomi negara, Lotus’s kini secara aktif menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia melalui inisiatif pengambilan Kru Ceria Lotus’s. Syarikat peruncitan itu juga, telah mengambil Langkah mewujudkan pekerjaan kepada warga emas, mereka yang kurang upaya dan individu di bawah pengawasan parol untuk menjadi sebahagian daripada keluarga besar Lotus’s. Lotus’s percaya bahawa setiap orang harus diberi peluang untuk bekerja bagi meningkatkan taraf kehidupan mereka sendiri disamping menjadi masyarakat yang produktif.

Syarikat peruncitan itu akan terus melabur di Malaysia melalui melalui pembukaan cawangan-cawangan baru yang berlainan format untuk membawa harga patut kepada lebih ramai pengguna disamping mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan. Lotus’s berharap agar pengguna bukan sahaja melihatnya sebagai pasar raya dan pusat membeli-belah yang menawarkan pelbagai pilihan yang berkualiti malahan juga sebagai sebuah institusi kejiranan yang prihatin dalam komuniti bagi menyokong pertumbuhan negara yang mampan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button