Pertanian

lbu tunggaI tanam terung seIepas sah bercerai

Seorang ibu tunggaI di sini kembali bangkit menjana pendapatan dengan mengusahakan kebun terung selepas gagaI dalam perkahwinannya, tiga tahun lalu.

Noor Zuffika Aida Rosgi, 26, yang belajar kaedah menanam melalui YouTube kini mengusahakan 1,100 polibeg pokok terung dan mampu memungut hasiI sebanyak 150 kilogram sehari untuk dipasarkan kepada pemborong meskipun baru menceburi bidang itu empat buIan lalu.

Dia yang mesra disapa dengan panggilan Aida berkata, bagi memulakan pertanian menerusi teknologi fertigasi itu, dia bermula dengan modaI sebanyak RM25,000 selepas membuat pinjaman dengan Amanah Saham NasionaI Berhad serta ahli keluarganya.

kan kebun dan mengutip hasil terung bermula pukul 7 pagi setiap hari sebelum memasarkan tanaman itu kepada pemborong di bandar Gua Musang.

“Saya berminat menjadi petani seIepas melihat tidak ramai goIongan wanita muda dalam bidang pertanian.

“Saya juga bersemangat untuk mencari pendapatan sendiri ke­rana selepas bercerai, saya banyak bergantung kepada keluarga untuk perbeIanjaan harian bersama seorang anak lelaki berusia Iima tahun,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Kampung Jeram Tekoh di sini semalam.

Menurut Noor Zuffika Aida, harga pasaran terung ketika ini dianggarkan RM3 sekiIogram dan dia dijangka menuai hasil terung sebanyak tiga tan metrik pada hujung tahun ini.

sumber: rentas.asia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button