Berita

Langgar Kontrak, A. Aida Saman Amelia Henderson & Idris Khan

Penerbit dan Pengarah, Datuk A Aida, tidak akan bertolak ansur dengan dua pelakon tanah air, Amelia Henderson dan Idris Khas dan tetap akan meneruskan saman terhadap mereka kerana melanggar perjanjian kontrak penggambaran sebuah drama terbitan A Aida Production yang berjudul Sekali Lagi Cinta Kembali.

Menurut A Aida, kedua-dua pelakon tersebut yang merupakan hero dan heroin untuk drama terbabit didakwa menarik diri saat-saat akhir dengan memberikan alasan yang tidak munasabah. Dia kehilangan kata-kata dengan dua pelakon tersebut yang melanggar kontrak yang sudah dimenterai.

A. AIDA (tengah), bersama Ashmadi (kiri) dan Riza Baharudin ketika sidang media di Restoran Rebung, Kuala Lumpur.

Mereka sepatutnya menjalani penggambaran pada 16 Jun lalu, namun pihak pengurusnya memberitahu dia (Amelia) mahu menarik diri pada malam 15 Jun.

“Kita dah tandatangan kontrak lama dan mereka dah ambil bayaran pendahuluan lima peratus. Paling saya tersentak bila Idris beritahu, dia ambil drama ini sebab Amelia, jadi bila Amelia tarik diri, dia tarik diri sama,” katanya.

“Saya pun terkedu kerana tidak profesional langsung. Kita sudah tanda tangan kontrak lama iaitu dua hingga tiga bulan sebelumnya. Dan Mei lalu saya lock dia sebab di Malaysia ini nak cari pelakon watak hero dan heroin bukan senang. Kedua-duanya sudah menandatangi kontrak dan lima peratus bayaran pendahuluan juga sudah diambil,” katanya.

Selain itu, kata Aida, dia turut memaklumkan pengarahnya, Riza Baharudin sudah menelefon pihak Amelia dan Idris, bagaimanapun panggilan tidak berjawab. Ekoran penarikan diri itu, A Aida berkata dia menanggung kerugian produksi sebanyak lebih kurang RM 150,000.

Dalam pada itu, peguambela dan peguamcara dari Zulpadli dan Edham yang mewakili A Aida iaitu Ashmadi Othman berkata, tujuan sidang media itu diadakan adalah lebih kepada tindakan yang bakal diambil oleh A Aida bersama A Aida Production ke atas dua orang artis yang terbabit dalam drama Sekali Lagi Cinta Kembali.

“Pihak AAP ada menyebut di dalam surat tuntutan kerana Amelia dan Idris mungkir perjanjian dan ada beberapa perkara lain menyusul,” katanya.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button