Berita

KPDNHEP BERJAYA MENUMPASKAN AKTIVITI PENYELEWENGAN MINYAK DIESEL BERSUBSIDI

Dalam serbuan yang dilakukan di lokasi tidak dinamakan yang disyaki menjalankan aktiviti pengalihan minyak diesel bersubsidi di kawasan perindustrian Seremban, N. Sembilan, pada 10 November 2022, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berjaya menghentikan pemberian subsidi. aktiviti pengalihan minyak diesel.

Serbuan dilakukan oleh sepasukan anggota penguat kuasa daripada KPDNHEP Putrajaya adalah hasil risikan yang telah dilakukan sejak beberapa hari sebelum serbuan. Ketika serbuan dilakukan ke atas premis terbabit mendapati tiga (3) orang lelaki warga tempatan yang mengaku sebagai pekerja di premis terbabit sedang melakukan kerja-kerja pemindahan minyak diesel daripada tangki simpanan ke sebuah lori tanker.

Hasil pemeriksaan lanjut pasukan serbuan telah menemukan minyak diesel dengan kuantiti keseluruhan berjumlah 40,000 liter, kenderaan lori, mesin compressor, dokumen-dokumen perniagaan dan beberapa peralatan lain yang digunakan untuk kegiatan penyelewengan minyak diesel.

Minyak diesel, dokumen-dokumen perniagaan dan peralatanperalatan yang ditemui telah disita bagi tujuan siasatan lanjut. Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM 323,000.00.

Ketiga-tiga lelaki warga tempatan tersebut juga telah ditahan bagi membantu siasatan kes terbabit.

Kertas siasatan telah dibuka dan siasatan lanjut ke atas kes ini akan dilakukan di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 bagi mengenalpasti individu/syarikat yang terlibat dalam aktiviti ini serta rantaian pengedaran minyak diesel tersebut termasuklah daripada mana minyak diesel ini diperolehi dan diedarkan.

KPDNHEP ingin memberi amaran keras terhadap mana-mana individu/syarikat yang berkaitan agar sentiasa mematuhi perundangan yang telah ditetapkan. Mana-mana orang yang melakukan kesalahan boleh diambil tindakan di bawah AKB 1961 dan jika disabitkan boleh didenda tidak lebih RM 1,000,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Juta) manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM 3,000,000.00 (Ringgit Malaysia Tiga Juta) bagi orang perseorangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali manakala bagi syarikat sekiranya sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM 2,000,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Juta) manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM5,000,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Juta).

Selain itu, syarikat ini juga akan disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) (Akta 613) iaitu kesalahan pengubahan wang haram bagi tujuan mengesan, membeku, menyita serta sehingga ke peringkat perlucutanhak ke atas apa-apa hasil pendapatan atau harta yang dijana daripada aktiviti haram penyelewengan berkaitan minyak diesel.

Jika disabitkan dengan kesalahan di bawah Akta 613 ini boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima belas (15) tahun dan juga boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau lima juta ringgit yang mana yang lebih tinggi.

KPDNHEP ingin memberikan amaran keras kepada semua yang berkaitan dan menegaskan bahawa Kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam sindiket dan aktiviti haram ini. Tindakan tegas akan diambil termasuklah mendakwa mereka di Mahkamah berdasarkan peruntukan undang-undang di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).

Masyarakat disaran untuk menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa dengan memberikan kerjasama sekiranya mempunyai sebarang maklumat terutamanya berhubung aktiviti penyelewengan barang kawalan 4 dan bersubsidi bagi memastikan aktiviti haram ini dapat dibanteras sehingga ke akar umbi yang boleh menyebabkan impak negatif kepada rakyat dan Negara.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung penyelewengan barang kawalan dan bersubsidi boleh menyalurkan aduan yang lengkap kepada pihak Kementerian melalui saluran berikut:

  • WhatsApp 019-279 4317 / 019-848 8000
  • Portal Aduan; e-aduan.kpdnhep.gov.my
  • Call Centre 1-800-886-800
  • Emel e-aduan@kpdnhep.gov.my
  • Ez ADU KPDNHEP

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button