Berita

Konsert Satu Hari Di Hari Raya Bersama Datuk M.Nasir

Penyanyi dengan jolokan sifu dalam industry muzik, Datuk M.Nasir kembali mengadakan konsert pada 27 Mei 2022 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Konsert solo terakhir beliau adalah pada tahun 2019.

Konsert yang berkonsepkan makan malam ini bakal dihiburkan dengan dendangan lagu-lagu popular Datuk M.Nasir.

Turut memeriahkan lagi konsert Satu Hari di Hari Raya, konsert anjuran Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA) tersebut juga adalah sebuah persembahan amal yang dianjurkan untuk membantu golongan penggiat seni kurang bernasib baik.

Presiden IRAMA, Ayob Abd. Majid berkata, pihaknya berbesar hati apabila penyanyi hebat seperti M. Nasir sudi bekerjasama selepas mengetahui konsert berkenaan dianjurkan atas tujuan amal.

Konsert yang akan berlangung pada jam 8 malam itu akan berlangsung selama 90 minit. Sebanyak 20 buah lagu akan didendangkan oleh penyanyi lagu Mustika pada malam tersebut.

M, Nasir menyifatkan konsert bertemakan sambutan Aidilfitri itu sebagai penawar rindu peminat, mengakui teruja dengan tawaran tersebut.

“Sebagai penyanyi, saya amat berbesar hati dengan tawaran itu. “Saya melihatkan persembahan ini sebagai hadiah kepada peminat yang tidak jemu menyokong kerjaya seni saya sejak empat dekad lalu,” kata artis kelahiran Singapura itu.

“Persembahan saya akan diiringi oleh sembilan pemuzik termasuk pemuzik latar untuk konsert selama satu setengah jam itu. Selaras dengan tema itu, saya akan memainkan lagu-lagu bertemakan Hari Raya termasuk lagu-lagu hits sebelum ini,” tambahnya lagi.

Maklumat pembelian tiket boleh didapati dengan menghubungi Ayob Abd Majid (019 3682548), Sham Amir Hussain (011 55026994), Salimey (016 6720370).

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button