Berita

Konsert Istimewa Hanya Satu Malam “Jubin Nautiyal : Live in Malaysia”

Plenary Hall, KLCC merupakan lokasi persembahan konsert yang ditunggu-tunggu oleh para peminat Bollywood di Malaysia iaitu Jubin Nautiyal : Live in Malaysia yang dibawakan khas oleh penganjur acara terkenal dan berpengalaman negara, Hitman Solutions.  Konsert istimewa ‘Hanya Satu Malam’ ini akan diadakan pada 26 Ogos 2022 jam 8 malam. Encik Rohit Rampal selaku Ketua Pegawai Eksekutif & Pegasas Hitman Solutions berkata “Kami sangat teruja untuk membawakan anda bintang playback Bollywood popular masa kini iaitu Jubin Nautiyal dalam sebuah konsert istimewa hanya untuk satu malam.  Setelah mengumumkan konsert ‘Bunkface! 15 Years of Korang’ tempoh hari, kami tidak membuang masa untuk merancang aksi muzikal yang seterusnya”. Konsert berskala besar melibatkan penglibatan artis tempatan mahupun antarabangsa seperti Shah Rukh Khan, Arijit Singh, Shreya Singh, Shreya Ghosal dan ramai lagi telah dianjurkan oleh Hitman Solutions yang merupakan salah satu anak syarikat Hitman Group yang kini memasuki hampir 15 tahun penubuhannya.  Jenama HNAV, HitLED, Hitman Media juga berada dibawah syarikat yang sama iaitu Hitman Group. “Memandangkan tahun 2022 adalah tahun yang membawa sinar dan harapan buat penggiat industri muzik secara global, kami menggunakan kesempatan ini untuk mengembalikan semula penganjuran konsert-konsert Bollywood buat peminat di Malaysia.  Sebagai permulaan, Jubin Nautiyal adalah pilihan kerana keunikan suaranya sangat versatil dalam menyanyikan lagu-lagu berentak pop, rock, soul selain bertindak sebagai penyanyi latar dalam kebanyakan filem-filem pecah panggung Bollywood dan lagu-lagu nyanyian beliau juga turut viral digunakan di aplikasi TikTok dan juga Instagram” tambah Encik Rohit. Tidak ketinggalan, Tourism Malaysia, Milestone Entertainment selaku syarikat pengurusan artis, rakan media atas talian iaitu Varnam MY serta rakan hospilaliti Kuna KL dan Clifftop Group Asia memberikan sokongan sepenuhnya ke atas penganjuran konsert Jubin Nautiyal :  Live in Malaysia.  Konsert yang memukau tersebut akan berlangsung selama 2 jam tanpa henti dengan persembahan sebanyak 20 buah lagu oleh Jubin Nautiyal dengan iringan 15 pemuzik bertaraf professional.  Kejutan istimewa juga disediakan sebagai tarikan setiap penonton konsert tersebut. Selain penganjurannya sebagai medium hiburan, tujuan utama konsert ini juga diadakan adalah berikutan salah satu inisiatif pembangunan industri seni tempatan yang terhenti seketika gara-gara pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia serta membantu pertumbuhan industri pelancongan di Malaysia. Peminat Bollywood selain dari negara Malaysia seperti Singapura, Indonesia, Brunei dan Thailand merangkumi pelbagai bangsa diharapkan kehadiran mereka mampu memeriahkan lagi suasana konsert Jubin Nautiyal :  Live in Malaysia.  Setiap pembeli tiket diharapkan terhibur dan menyanyi bersama-sama Jubin serta menjadi kenangan manis dan memori indah buat kesemua pengunjung yang hadir.
Dalam tempoh 24 jam, sebanyak 45% tiket telah terjual pada hari pertama penjualannya dalam kadar yang segera.  Bagi yang masih belum mendapatkan tiket Jubin Nautiyal : Live in Malaysia, sila dapatkan tiket anda di www.hitmanlive.com dengan segera.  Sila hubungi Mr. Keeran (Hitman Solutions) di talian 012-8870669.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button