Berita

KONSERT EXISTS REUNION KEMBALI KE SINGAPURA

Pada 5 Oktober 2019, persembahan Exists Reunion di Singapura kali terakhir memberi kesan yang ketara kepada penonton. Ucapan mesra ini terserlah apabila konsert itu berlangsung di The Theatre at Mediacorp, di mana tiket untuk acara itu habis dijual dalam masa dua hari sahaja.

Kemunculan Mamat, Ezad, Ajai, Along, Musa, Shah dan Ujang memberikan kenangan yang bukan sedikit buat para peminat tegar Exists Reunion. Menyanyi bersama-sama pada setiap lagu membuatkan lokasi konsert menjadi tempat karaoke berskala besar antara Exists Reunion dan para peminat mereka.

Tahun hadapan, momen dan keindahan itu akan dibawakan lagi oleh Shiraz Projects. Di tempat yang sama, mereka bakal menggandakan lagi memori indah tersebut pada 14 Januari 2023.

Untuk kumpulan yang ditubuhkan di Johor Bahru pada tahun 1991, mereka juga sangat teruja untuk bertemu mata dan berkongsi tenaga menyanyi bersama-sama peminat di Singapura pada tahun hadapan.

Konsert Exists Reunion buat pertama kalinya dalam sejarah menggabungkan semua formasi asal Exists iaitu Musa (bass), Along (gitar), Ajai (keyboard), Shah (gitar), Ujang (dram) dan dua vokalis mereka Mamat dan Ezad pada tahun 2019 di Stadium Malawati, Shah Alam dan The Thatre at Mediacorp.

Dijadualkan berlangsung di The Theatre at Mediacorp pada 14 Januari 2023, Konsert Reunion Exists menjanjikan sebuah nostalgia buat peminat kerana ia merupakan lokasi pertama mereka dalam rangkaian jelajah yang akan berlangsung pada tahun 2023.

Pastinya, untaian hit dari Langkah Seiringan, Rahsia Pohon Cemara atau Untukmu Ibu yang memperkenalkan Exists dengan Mamat pada waktu itu masih berusia 13 tahun dan vocal ‘belum pecahnya’ akan disampaikan pula kali ini dalam persembahan Mamat di usianya 30 tahun.

Dan Ezad yang menyertai Exists menggantikan Mamat di tahun 1996 menyambung legasi sukses Exists dengan album Diammu Gunung Berapi yang mengandungi banyak hit serta lagu lagu di album keempat (Jangan Gentar) dan seleksi di album Ada sehingga Paragon akan membuat penonton tidak senang duduk sepanjang konsert yang bakal berlangsung kelak.

Konsert Exists Reunion menawarkan tiket berharga SGD245 (Meet & Greet), SGD155 (Diamond), SGD135 (Platinum), SGD95 (Gold), SGD75 (Silver) untuk peminat melakar sejarah bersama mereka.

Untuk sebarang keterangan lanjut, sila layari www.myticket.asia untuk tempahan tiket. Bagi informasi atau update terkini, layari laman social Exists dan Shiraz Projects.

Sekali lagi, jangan lepaskan momen ini dan nantikan informasi seterusnya tentang jelajah Konsert Exists Reunion yang akan berlangsung tahun hadapan.

KONSERT EXISTS REUNION yang merupakan konsert satu malam sahaja ini dianjurkan oleh Shiraz Projects Sdn Bhd.

KONSERT EXISTS REUNION- SINGAPURA

Tarikh : 14 Januari 2023

Venue : The Theatre at Mediacorp, Singapura

Laman Web : www.shirazprojects.com

Harga tiket : SGD245 (Meet & Greet), SGD155 (Diamond), SGD135 (Platinum), SGD95 (Gold), SGD75 (Silver)

Tiket : www.myticket.asia

Facebook : shirazprojects

Instagram : shirazprojects

Hashtag : #KonsertJelajahExistsReunion

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button