Berita

KONSERT ENDEMIK 2 JAM TANPA HENTI OLEH KUMPULAN SEARCH

Kumpulan rock nombor satu di Malaysia, melangsungkan konsert endemik selama 2 jam tanpa henti salama 2 malam berturut-turut di Zepp Kuala Lumpur. Search yang dianggotai oleh Amy, Nasir, Hillary Ang dan Man Kidal terus membuktikan kehebatan mereka dan melakar sejarah.

Konsert yang berlangsung pada 4 dan 5 Jun 2022 itu merupakan konsert terbesar yang pernah dianjurkan oleh Search. Kumpulan Search itu juga merupakan artis pertama yang membuat konsert solo di Zepp KL dan juga antara yang pertama membuat konsert berskala besar di fasa endemik.

Search melakar pelbagai sejarah monumental dengan KONSERT ENDEMIK yang telah dirancang sejak tahun lepas lagi.

Dengan repertoire yang terdiri dari gabungan single terbaru dari SEARCH iaitu Endemik I dan Endemik II, sehinggalah kepada lagu-lagu yang menjadi kegilaan peminat-peminat tegar SEARCH yang memberikan status legenda scene rock n roll negara dan di rantau Asia Tenggara, seperti Isabella, Fantasia Bulan Madu, Rozana, Meniti Titian Usang, Pawana dan Isi Atau Kulit, SEARCH turut menyelitkan lagu-lagu yang jarang dipersembahkan live seperti Nigina dan Diari Habil dan Qabil. Konsert selama dua jam tanpa henti tersebut membuktikan bahawa status SEARCH sebagai kumpulan rock nombor satu di Malaysia belum lagi dapat dicabar.

Rizal Kamal, Ketua Pegawai Eksekutif, LOL Asia (penganjur acara), berkata, “Saya percaya status SEARCH sebagai kumpulan rock nombor satu di Malaysia, fasiliti bertaraf dunia di Zepp KL dan juga tenaga kerja belakang tabir dan sistem sokongan yang kukuh menjadi faktor utama KONSERT ENDEMIK hangat diperkatakan dan sold out pada kedua-dua malam

“Dengan line-up yang terdiri dari ikon muzik rock Malaysia iaitu Amy, Nasir, Hillary dan Man Kidal, SEARCH juga diiringi oleh Genervie dan Arthur Kam (drum) – diiktiraf sebagai di antara sessionist terbaik di Malaysia. Pasangan adik beradik ini sememangnya menjadi buruan artis dari seluruh dunia atas kemahiran mereka di dalam bidang permainan dan arahan muzik. Dari segi teknikal, kami telah menjemput pakar-pakar tempatan dan antarabangsa seperti Akira Yamauchi – seorang jurutera bunyi yang dikenali ramai, untuk memastikan kualiti sound KONSERT ENDEMIK pada kedua-dua malam di tahap yang tertinggi”.

Amat dikenali sebagai ikon fesyen negara, SEARCH sekali lagi telah melantik Jiman Casablancas sebagai stylist / penata gaya bagi keseluruhan KONSERT ENDEMIK. Jiman menyatakan, “Fesyen adalah di antara elemen yang amat diambil berat oleh Amy dan dia sentiasa mahukan sesuatu yang fashion forward. Saya bekerjasama dengan Kit Woo dan Wardrobe Privato untuk memastikan penampilan kesemua ahli-ahli SEARCH serta sesiapa sahaja yang beraksi di atas pentas menyokong visi SEARCH dari segi visual. Pasukan grooming SEARCH pula diketuai oleh Khir Khalid dan bersamanya adalah David Shaw, Jijie Zainal dan Kasih Cicie.”

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button