Berita

Konsert 25 Tahun Rabbani

Konsert Ulang Tahun ke-25 Simfoni Kesyukuran Rabbani yang dijadualkan pada 30 Disember ini, menurut ahli Rabbani bernama Azadan, mungkin merupakan persembahan terakhir kumpulan itu.

Tinggal 8 hari lagi sebelum kami turun berkampung di Johor Bahru untuk Konsert 25 Tahun Somfoni Kesyukuran Rabbani. Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang akan menjadi saksi persembahan yang akan diadakan penuh gilang gemilang.

Konsert ini adalah hasil dari kolaborasi Kerajaan Negeri Johor menerusi Yayasan Warisan Johor (YWJ) buat julung kalinya bersama Rabbani Empire Resources.

Semua peminat dan orang ramai dijemput hadir menyaksikan KONSERT 25 TAHUN RABBANI ini bersama keluarga, sahabat andai, dan semua lapisan masyarakat kerana ini bukan sekadar konsert, tetapi membawa hiburan yang mendidik jiwa. Kita bangkit bersama dari ujian pandemik.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button