Berita

Kombinasi Serasi Ratu Rock & Penyanyi Pop Malaysia Di Pentas ICSYVMY 5

I CAN SEE YOUR VOICE MALAYSIA (ICSYVMY) merupakan adaptasi daripada sebuah program popular Korea Selatan sentiasa menjadi program hiburan di hati setiap penonton di Malaysia yang kini telah bersiaran 04 buah episod di TV3 pada setiap hari Ahad, pada jam 9.00 malam dan strim langsung secara HD di www.tonton.com.my.

I Can See Your Voice Malaysia 5 menampilkan gandingan Izzue Islam dan Ain Edruce sebagai hos rancangan.  Pada minggu ini, gabungan dua artis hebat tanah air dapat diperlihat iaitu Ratu Rock Ella dan penyanyi pop Misha Omar sebagai tetamu jemputan yang sememangnya menggegarkan pentas musim ke-5.  Episode kali ini pasti membuatkan anda tak kering gusi melihat gelagat ratu rock negara, Ella dan pemenang vokal terbaik sebanyak tiga kali di Anugerah Juara Lagu, Misha Omar yang berpengalaman luas dalam bidang nyanyian dalam proses pencarian penyanyi sebenar.

Datuk Rosyam Nor, Andi Bernadee dan Janna Nick selaku panel penyiasat tetap turut dibantu artis-artis jemputan oleh Lan Solo, Zarul Umbrella dan Amy Mastura untuk bersama-sama mengenal pasti penyanyi dalam kalangan peserta.

Mampukah Ella dan Misha Omar membuat tekaan yang tepat untuk menyingkirkan penyamar dalam episod kali ini? Pastikan anda tidak terlepas untuk menonton I Can See Your Voice Malaysia 5 pada minggu ini!

I Can See Your Voice Malaysia 5 menampilkan Digi sebagai penaja utama, Kinohimitsu dan Nivea sebagai penaja bersama, Hot FM sebagai rakan radio, Oh Bulan, Xtra dan Senang Terhibur sebagai rakan digital. Gunakan #ICSYVMY untuk merancakkan perbualan di laman media sosial.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button