Berita

KOLABORASI PRASARANA BERSAMA BLINK

PENGGUNAAN TRANSAKSI TANPA TUNAI UNTUK KEMUDAHAN PENGGUNA

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) telah bekolaborasi dengan BonusKad Loyalty (BonusLink) di mana para pengguna boleh membeli pas perjalanan tanpa had My50 di atas talian dan aplikasi BonusLink yang dikenali sebbagai BLINK boleh membuat transaksi tanpa tunai.

Kolaborasi ini telah dilancarkan oleh Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Encik Mohd Azharuddin Mat Sah dan Ketua Pegawai Eksekutif BonusLink, Encik Melvin Ooi, di dalam satu majlis yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Dengan Kerjasama ini, Pihak Prasarana telah meningkatkan kemudahan kepada para pengguna dengan menyediakan alternatif bagi pembelian pas perjalanan tanpa had My50 yang selama ini hanya boleh dibeli secara tunai di stesen LRT, MRT, BRT atau hab-hab bas yang terpilih.

Berucap di majlis berkenaan, Azharuddin berkata kolaborasi bersama BonusLink merupakan titik permulaan bagi Prasarana bergerak segera agresif untuk meningkatkan kemudahan dan pengalaman pengguna atau customer experience sejajar dengan hasratnya untuk menarik semula minat orang ramai supaya menggunakan pengangkutan awam.

Setakat ini, Rapid Kl mencatatkan jumlah penumpang harian (hari bekerja) seramai 500, 000 orang.

“Aplikasi BLINK yang boleh dimuat turun dari Apple App Store dan Google Playstore ini boleh dimanfaatkan oleh para pengguna untuk membeli terus pas perjalanan My50 melalui tranksaksi atas talian dan tanpa tunai. Jika sebelumnya pengguna perlu membuat pembelian secara tunai di Kaunter Perkhidmatan Pelanggan Rapid KL, sekarang hanya dihujung jari menerusi aplikasi BLINK” Ujar Azharuddin.

Kolaborasi ini akan bermula 15 Mei 2022 dan Blink akan digunakan sebagai landasan utama bagi pembelian dan penebusan mata atau loyalty points sebagai Ahli BonusLink.

Di majlis yang sama, ooi turut berkongsi setiap pembelian pas perjalanan My50 oleh ahli BonusLink di dalam tempoh promosi akan menikmati pulangan mata ganjaran sehingga 40% sekiranya pembayaran dibuat menggunakan kad Ambank BonusLink Visa atau mana-mana Kad Visa.

“Jika anda belum lagi menjadi pengguna aplikasi BLINK, sekarang adalah masa terbaik untuk memberi sedikit kemeriahan atau ganjaran kepada rakyat Malaysia yang menggunakan pengangkutan awam setiap hari.

“dengan kerjasma dan promosi yang akan datang, kami berharap ini sedikit sebanyak dapat meringkankan beban rakyat yang terkesan akibat Pandemik Covid19” tambah Ooi.

Melauli video pengenalan Prasarana X BLINK, pengguna yang telah membeli atau menebus perjalana My50 melalui BLINK dan berjaya menghantar butiran lengkap akan Menerima Surat Baucar Elektronik atau E Voucher yang mengandungi butiran kod baucar alphanumeric. Pengguna seterusnya boleh membuat penebusan dengan mengemukankan baucar yang dicetak (dengan kod baucar alphanumeric) dan Mykad ke sepuluh (10) stesen terpilih bagi penebusan pas perjalanan My50.

Stesen-Stesen yang terpilih

“jika mendapat sambutan yang menggalakkan, fasa kedua akan terus dilaksanakan di kesemua stesen Rel dan Bas Kendalian Rapid KL. Ia juga akan dipertingkatkan dengan mengembangkan saluran jualan atas talian dan tanpa tunai melalui aplikasi PULSE oleh Prasarana” tambah Azharuddin

Untuk keterangan lanjut mengenai kolaborasi ini, para pengguna boleh melayari website rasmi Rapid KL di myrapid.com.my dan website rasmi BonusLink di www.bonuslink.com.my

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button