Berita

KISAH CINTA YANG AGUNG, YEHH JAADU HAI JINN MUSIM KEDUA DI SLOT SONIA DI TV3

Petaling Jaya, 15 September 2022 – Cinta yang hebat mesti disertai dengan kesukaran. Roshni berazam untuk melakukan apa-apa cara untuk mengekalkan pasangannya Aman, termasuk meminta bantuan jin yang kuat.

Ikuti jalan cerita menarik ini dalam sambungan musim terbaharu drama Bollywood kesukaan ramai iaitu Yehh Jaadu Hai Jinn Ka! yang menghiasi slot Sonia di TV3. Drama ini telah bertemu dengan para penggemar drama Bollywood bermula 14 September, setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 4.00 petang.

Drama bersiri 57 episod ini merupakan terbitan 4 Lions House dan hasil arahan Atif Khan. Kisah yang penuh drama, cinta dan fantasi ini menampilkan barisan pelakon hebat Bollywood seperti Aditi Sharma, Vikram Singh Chauhan, Shehzada Dhami, Shruti Sharma, Smita Bansal dan Sushant Singh.

Keutuhan cinta Roshni dan Aman menjadi lebih sulit apabila Roshni diserang oleh angkatan tentera bulan merah. Suaminya dan anak yang berada di dalam kandungan terkorban dalam serangan tersebut. Demi keinginannya untuk mengembalikan Aman, Roshni sanggup melakukan apa sahaja termasuk mengorbankan anak sulungnya kepada jin yang sangat berkuasa, Kala Jinn. Roshni tekad untuk menyimpan perjanjian antara dia dan Kala Jinn ini sebagai rahsia daripada Aman dan keluarganya sehingga dia dapat mencari jalan solusi yang lebih baik.

Dengan kerjasama Kala Jinn, Roshni berjaya melawan takdir dan menghidupkan Aman semula. Namun, kebahagiaan itu tidak bertahan kerana Roshni mendapat berita bahawa anak yang di dalam kandungannya masih bernyawa. Adakah rahsia Roshni akan terbongkar? Apakah reaksi Aman terhadap perjanjian Roshni dan Kala Jinn itu? Dapatkah mereka selamatkan keluarga mereka dan hidup berbahagia?

Jangan lupa saksikan kisah Roshni dan Aman ini dalam drama menarik Yehh Jaadu Hai Jinn Ka buat musim kedua di slot Sonia bermula 14 September 2022, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 4.00 petang di TV3 dan strim secara langsung di www.tonton.com.my.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari http://www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button