Berita

KHAIRY JAMALUDDIN MERASMIKAN KONVENSYEN ‘ADAMS’ DEMI MENJADIKAN MALAYSIA SEBAGAI HUB RAWATAN & KESIHATAN KULIT SEDUNIA

 

Sidang Kemuncak Dermatologi & Perubatan Estetik Asia 2022 (ADAMS 2022), yang pertama kali dianjurkan di Shangri-La Kuala Lumpur pada 24–25 September 2022, telah dibuka secara rasmi oleh Menteri Kesihatan YB Khairy Jamaluddin. Matlamat ADAMS 2022 adalah untuk menjadikan Malaysia hab perubatan estetik dengan mempertingkatkan sektor penjagaan dermatologi dan perubatan estetik di Malaysia serta menyediakan maklumat penting kepada pakar perubatan dari seluruh dunia. Bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), organisasi kerajaan lain yang menyokong pembangunan sektor itu ialah Tourism Malaysia, Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC), dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

Sidang Kemuncak Dermatologi & Perubatan Estetik Asia 2022 (ADAMS 2022), yang pertama kali dianjurkan di Shangri-La Kuala Lumpur pada 24–25 September 2022, telah dibuka secara rasmi oleh Menteri Kesihatan YB Khairy Jamaluddin. Matlamat ADAMS 2022 adalah untuk menjadikan Malaysia hab perubatan estetik dengan mempertingkatkan sektor penjagaan dermatologi dan perubatan estetik di Malaysia serta menyediakan maklumat penting kepada pakar perubatan dari seluruh dunia. Bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), organisasi kerajaan lain yang menyokong pembangunan sektor itu ialah Tourism Malaysia, Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC), dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

Dianjurkan oleh Fasiliti Latihan DR.KO Skin Specialist, KO Academy, ADAMS 2022 disokong oleh pakar industri dari dalam dan luar negara yang berhimpun demi menyampaikan para peserta dengan maklumat penemuan terkini dalam bidang tersebut. Lebih 500 orang delegasi dan 30 gerai pameran menyertai acara ini termasuk pakar dari Singapura, Filipina, Croatia, Korea Selatan, Thailand, Taiwan dan Malaysia.

Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin berkata, “Pelancongan kesihatan merupakan sektor yang penting untuk pembangunan dan kelestarian ekonomi. Saya percaya jika kita terus meneroka sektor ini melalui acara sebegini, kita pasti dapat membangunkan idea dan kemahiran di kalangan para pengamal perubatan dan melonjakkan Malaysia di Asia Tenggara. ADAMS akan menjadi platform terbaik untuk melengkapkan pemain industri tempatan dengan maklumat-maklumat yang diperlukan untuk berjaya dan menjulang Malaysia dalam perubatan estetik.”

Tambahan pula, forum “Malaysia Sebagai Destinasi Serantau Pelancongan Perubatan Estetik” yang disertai oleh ahli-ahli panel terkemuka untuk berkongsi maklumat-maklumat berharga dalam membantu para pengamal perubatan memasarkan perkhidmatan mereka secara global melalui pelancongan kesihatan. Ahli-ahli panel termasuk Presiden Persatuan Perubatan Estetik Malaysia (MSAM) dan Doktor Perubatan Estetik, Dr. Chin Shih Choo; Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA), YBhg. Dato’ Haji Mod Khalid Harun; Timbalan Presiden bahagian Komunikasi Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC), Cik Shobena Singam; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persatuan Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Malaysia, Kapt. (B) Mahadzir Tan Sri Mansor; dan Pengasas dan Penganjur Miss CosmoWorld, Cik Carrie Lee.

 

Presiden Jawatankuasa Penganjur ADAMS 2022 dan Doktor Perubatan Estetik, Dr. Edmond Lau Kian Hong berkata, “lanya satu kebanggaan kerana dapat memainkan peranan dalam inisiatif ini. Kami percaya ia merupakan tanggungjawab kami sebagai sebuah jenama tempatan untuk melakukan yang sebaik mungkin bagi memperkasakan industri tempatan mengikut kemampuan terbaik kami. Kami di KO Academy yakin persidangan ADAMS melangkaui jangkaan di tahun-tahun seterusnya, demi menjadikan Malaysia destinasi pilihan untuk penjagaan kesihatan kulit dan estetik sedunia.”.

ADAMS 2022 memainkan peranan penting dengan menyediakan platform kepada ahli-ahli dermatologi dan doktor-doktor estetik berkongsi maklumat, mengadakan kerjasama dan usahasama. Lebih penting lagi, ianya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan kulit pada masa kini. Bidang perubatan estetik mempunyai ruang untuk membangun kerana kebanyakan tumpuan diberikan kepada perubatan penyakit kronik seperti sakit jantung, strok dan sebagainya. Dengan peningkatan kadar kesihatan dan jangka hayat rakyat Malaysia, langkah seterusnya adalah memfokuskan kepada promosi penuaan sihat melalui perubatan estetik.

Pakar Dermatologi dan Pengerusi KO Academy, YBhg. Dato’ Dr. Ko Chung Beng berkata,”Dermatologi dan perubatan estetik amat penting kepada industri pada masa kini. Bagi meningkatkan kualiti kehidupan dan keyakinan individu, kemahiran mendiagnosis dan merawat penyakit kulit membolehkan pengesanan awal dan rawatan untuk penyakit kulit kronik seperti barah kulit dan pelbagai jangkitan. .

Beliau menambah, “Sebagai contoh, penyakit kulit dan subkutan berada di tangga keempat dalam punca penyakit tidak merbahaya yang membebani dunia pada tahun 2010 dan 2013. lanya juga salah satu punca utama kecacatan, sekaligus menunjukkan bahawa pentingnya dermatologi kepada kesihatan sejagat. Masa depan dermatologi bergantung kepada usaha semua pada hari ini dalam mendidik generasi baru ahli-ahli dermatologi dan doktor-doktor estetik secara global. Kita harus bersatu untuk berkongsi ilmu pengetahuan dan bekerjasama demi mencapai benemuan penting yang dapat membantu sebahagian besar masyarakat dunia dan seterusnya menggalakkan kesihatan dan kecantikan.”

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://adams.asia/.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button