Sukan

Kerjasama Studio Pilates Dengan Institusi Sukan Negara (ISN) Malaysia

Kerjasama yang dijalankan diantara Institut Sukan Negara (ISN), Institut Sukan Negara Malaysia dan bersama Studio Pilates iaitu Ambasadors of Love untuk menjalankan beberapa program bengkel bagi melatih jurulatih mereka, pakar perubatan sukan, ahli fisioterapi, tukang urut sukan, jururawat dan atlet dalam menyesuaikan dan menggabungkan senaman pilates dalam rawatan kecederaan, pemulihan dan pencegahan, dan pembetulan postur untuk sukan yang professional. AOLove adalah tenaga pengajar yang bertauliah untuk program bengkel ini dalam tempoh yang singkat iaitu empat hari bermula dari 23 Mac hingga 30 Mac 2022, dengan 30 peserta yang akan mengahdiri program latihan asas .

“Official Closing Ceremony”

Majlis Perasmian dan Penutup dan penyampaian sijil kepada peserta program iaitu Ketua Pegawai Eksekutif ISN YBrs En. Ahmad Faezal Bin Ramly. Mewakili Ambasador of Love (AOLove) ialah Pengasas, Pengarah Urusan dan Pengajar Utamanya Elaine Tan Yee Lin, seorang pengajar STOTT PILATES yang bertauliah.

Acara ini turut dihadiri oleh bekas pemain boling negara Shalin Zulkifli yang tidak asing lagi dengan kecederaan sukan yang dialaminya. Shahlin merupakan orang yang perlu bertanggungjawab untuk memperkenalkan dan mengesyorkan program Pilates yang sangat berkesam oleh AOLove kepada ISN, selepas beliau menghadiri dan mendapat manfaat daripadanya sendiri.

Bengkel komprehensif yang akan dijalankan oleh AOLove akan melibatkan pasukan perubatan ISN dalam memperkenalkan latihan pilates untuk pencegahan kecederaan dan mempercepatkan pemulihan kecederaan di kalangan atlet negara dan membetulkan postur yang salah dalam melakukan senaman biasa, bagi meningkatkan prestasi atlet negara kita ini. Bengkel ini akan dikendalikan oleh  pengajar yang bertauliah AOLove termasuk Manjari Vanehuathan, Evon Tan Siew Wan, Yamuna Kamalan, Pavithra Ramakrishnan, Heng Ann Nie, Janet Lai Zui Moi and Koh She Qin.

Shahlin Zulkifli bersama Elaine Tan Yee Lin dan barisan-barisan jurulatih ISN

Pilates adalah satu senaman yang menumpukan kepada pengukuhan badan dengan penekanan pada kekuatan teras. Ini membantu meningkatkan kecergasan am dan keseluruhan. Pilates juga menumpukan pada postur, keseimbangan dan fleksibiliti yang merupakan komponen kecergasan yang sering diabaikan oleh peminat kecergasan atau atlet. Selain itu, senaman ini juga dapat memberi peningkatan otot terutamanya otot perut, bahagian bawah belakang pinggul dan punggung, dan penstabilan tulang belakang.

Latihan ini bertujuan untuk memberi tumpuan pada otot dalaman seperti transversus abdominus dan multifidus. Kedua- dua otot ini berhampiran dengan tulang rusuk, pelvis dan tulang belakang. Walaubagaimanapun, senaman yang tidak betul boleh melemahkan kekuatan anda dan akan menyebabkan anda mengalami ketidakselesaan yang ketara.

Elaine Tan Yee Lin mempunyai Ijazah Sarjana (MSc) Kepujian Kelas Pertama dalam Sains Sukan dan merupakan pengajar STOTT PILATES bertauliah penuh dengan pengalaman mengajar lebih daripada 10 tahun itu turut berkongsi bahawa semasa program begkel itu berlangsung, salah seorang ahli fisioterapi ISN, Thomas telah menerapkan prinsip pilates yang diajar olehnya kepada penyelam negara Dato’ Pandelela Rinong dan telah berjaya mengurangkan sakit belakangnya dalam satu sesi tanpa manipulasi fisioterapi .

“if your treat the roots, everything will fall in place.” Katanya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button