Berita

Kerjasama Shopee X Siti Nurhaliza Untuk Video Muzik Medley Klasik Siti 2

Penghasilan Video Muzik Klasik Siti 2 ini telah mengukuhkan lagi Kerjasama beliau bersama Shopee. Rangkaian lagu kanak-kanak klasik yang berjudul Medley Klasik Siti 2 yang dinyanyikan oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza akan ditontonkan di saluran youtube Siti Nurhaliza pada 9 Mei 2022, pukul 9 malam.

Kerjasama diantara kedua-dua pihak ini telah bermula sejak tahun 2018 dimana Siti menyertai Sopee Celebrity Squad Malaysia. Pada tahun 2019, beliau telah berkolaborasi menerusi konsert mini beliau bersama Shopee. Siti juga turut dilantik sebagai duta tempatan platform Shopee semasa kempen Ramadan dan Raya bersama Shopee pada tahun ini.

Antara lagu Medley Klasik Siti 2 ini terdiri daripada rangkaian lagu Air pasang dalam, lagu tiga kupang, anak odeng dan kalau rasa gembira. Lagu-lagu ini telah menjadi hafalan kanak-kanak generasi dahulu dan tetap diperkenalkan sehingga kini.

Video muzik animasi ini menampilkan maskot shopee dan orang utan yang diberi nama Sean & Sophie arahan M. Husien. Jalan ceritanya mengisahkan pada tahun 2170 apabila bumi tidak lagi selamat untuk didiami.

Kisah tentang seorang pemuda yang sedang bersenam di sebuah taman rekreasi hologram berpengkalan di angkasa, secara tiba-tiba beliau termasuk ke dalam satu dimensi teleportasi masa lalu di bumi. Di alam dimensi masa lepas ini, pemuda tersebut dapat melihat keindahan flora dan fauna dan juga suasana kampung yang wujud di masa lepas.

Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Video muzik berbentuk animasi ini suka ditonton oleh kanak-kanak dan ia merupakan salah satu cara untuk saya memperkenalkan lagu kanak-kanak klasik kepada generai kini” ujar siti.

”Saya menghasilkan album kanak-kanak ini sebagai khazanah muzik untuk generasi kini dan akan datang dapat menghargai karya terdahulu. Saya gembira kerana dapat menerbitkan album yang boleh dijadikan rujukan pada masa depan. Lagu-lagu ini jugalah yang menjadi dendangan orang tua kita satu masa dahulu,” tambah Siti lagi.

Dato’ Sri Siti Nurhaliza berterima kasih di atas kerjasama dari pihak Shopee untuk menghasilkan dan menjayakan video muzik ini.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button