Berita

KERJASAMA BERSAMA ANUAR ZAIN DALAM MISI KEMANUSIAAN SYRIA CARE 13.0

Syria Care telah melancarkan Kempen Ramadan Al Khair kali ke 10 Februari lalu sempena Bulan Ramadan yang bakal tiba ini.

Lokasi yang dipilih oleh Pengerusi Syria Care, Siti Sakinah Meor Omar Baki dan pihaknya untuk melaksanakan Misi Kemanusiaan kali ke 13 pada hujung Mac ke 3 buah negara iaitu Turki, Syria dan Lubna dimana lokasi tersebut terdapat ramai pelarian Syria yang hidup daif dan serba kekurangan.

Anuar Zain bersama Pengerusi Syria Care menandatangani Memorandum kerjasama

Anuar Zain turut menyokong kempen ini dan beliau juga turut serta misi bantuan di Lubna. Ketika beliau sendiri menonton beberapa video klip keadaan kehidupan di Syria khususnya kanak-kanak, hatinya mudah tersentuh.

Penyerahan Baju Syria Care

“Kita harus lakukan sesuatu. Mereka ini golongan teraniaya. Doa mereka tiada hijab…” ujar Anuar Zain yang juga membuka hatinya untuk turut sertai Misi Kemanusiaan Syria Care.

Majlis Sidang Media Misi Kemanusiaan Syria Care 13.0

Dengan ini, Syria Care berharap lebih ramai lagi yang sudi tampil untuk membantu sama ada dari segi menaja set iftar serendah RM15 ataupun pek makanan kering yang bernialai RM150 bagi meringankan beban pelarian Syria sepanjang Ramadan ini. Sumbangan ini juga boleh disalurkan melalui link affiliate khas Anuar Zain iaitu Order Food, https://donate.syriacare.org.my/order/form/orderfood/anuarzain

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button