Berita

Kemunculan 10 Penyampai Berita Legenda Meraikan Ulang Tahun TV3 Ke-38

Nama-nama yang amat sinonim dengan Buletin Utama di TV3 seperti Rosli Dahamin, Fuad Rahman, Datuk Jasni Shafie, Abu Bakar Atan, Zainal Arffin Ismail, Ezzah Aziz Fawzy, Nurfarahin Jamsari, Azmi Aziz, Azura Abdul Karim dan Zakiah Anas adalah ikon yang cukup dikenali sejak stesen nombor Satu negara tersebut mula beroperasi pada 1 jun 1984.

Bermula 26 Mei 2022 sehingga 1 Jun 2022, 10 ikon penyiaran tersebut hadir memberi kejutan dengan penampilan istimewa bersama-sama barisan penyampai berita TV3 seperti Mior Abdul Malek Raiyani, Azaria Tagaya, Amirulhakim Lokman, Asrulnizam Kadir, Ezreena Amir Hamzah, Siti Khadijah Jaafar dan Khairul Rizuan Azizan bersempena dengan ulang tahun TV3 pada 1 Jun 2022.  Sudah semestinya bahawa kemunculan mereka semula di kaca televisyen mengembalikan nostalgia dan mengubati rindu penonton ingin melihat ikon penyiaran beraksi di Buletin Utama.

Tidak ketinggalan, uji bakat pencarian wajah baharu buletin TV3 yang sedang rancak berlangsung di aplikasi  TikTok  bermula dari 10 Mei hingga 31 Mei 2022 mendapat sambutan yang amat memberangsangkan. Ia mensasarkan kepada warganegara Malaysia yang berumur dari 19 hingga 30 tahun dalam usaha mencari seterusnya menggilap bakat muda menjadi ‘Wajah’ kepada Buletin TV3. Bagi mereka yang berminat, jangan melepaskan peluang ini untuk menyertai uji bakat tersebut. Rakam video anda berdurasi durasi video melebihi 60 saat dengan menyampaikan dua skrip berita (dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris atau kedua-duanya) dan muat naik ke akaun TikTok peribadi berserta tanda pagar (“hashtag) #WajahbaharuBuletinTV3 #PenyampaiBuletinTV3 dan #BuletinTV3.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button