Berita

‘KEJORA’ Buku Puisi Yang Dilancarkan oleh Ashikin M

buku kesebelas penulis profilik muda negara dilancarkan oleh U-Wei Haji Saari, yang menyifatkan naskha terbaru oleh Ashikin M ini sebagai “Berani dan amat tepat pada masanya”

Nurul ashikin merupakan penulis profilik muda negara yang lebih dikenali di kalangan peminat buku di Malaysia sebagai Ashikin M telah melancarkan bukunya yang kesebelas bertajuk KEJORA. U-Wei Haji Saari, penulis dan pengarah filem negara telah menyumpurnakan majlis tersebut dalam suasana yang penuh indah dan puitis.

Diterbitkan sendiri oleh Ashikin M, KEJORA merupakan buku puisi pertama darinya di mana keseluruhan kandungan buku tersebut ditulis di dalam Bahasa Malaysia. Walaupun ianya adalah buku puisi, namun kesemua puisi-puisi di dalam buku tersebut adalah berhubung kait dalam membentuk sebuah ceritera. Ashikin M telah memilih tema bintang kejora sebagai premis utama buku tersebut. “Buku KEJORA adalah terbitan sulung buku puisi saya. Ianya menampilkan 30 buah puisi dengan tema perjalanan mimpi, falsafah, pelayaran dan cetusan konflik antara memori dan peredaran masa.  Saya mengambil masa selama tujuh tahun untuk menghasilkan buku KEJORA, daripada proses pengilhaman, penulisan, penerbitan sehinggalah ke peringkat penghasilan beberapa lagu puisi KEJORA bertemankan komposisi Ayop Azril, seorang komposer berbakat yang amat memahami perjalanan cerita yang diketengahkan dalam buku ini” kata Ashikin M.

Edisi terbaru daripada Ashikin M dipuji sebagai “berani dan sangat relevan” . U-Wei Haji Saari, yang turut menyampaikan puisi daripada buku KEJORA pada hari pelancaran. “Saya sangat gembira dengan inisiatif Ashikin M dalam pembangunan buku KEJORA ini,” kata U-wei. “Lebih-lebih lagi, ini adalah buku puisi pertamanya, dan ia sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia.” Saya mengucapkan tahniah kepada Ashikin M di atas pencapaiannya, dan saya yakin masa depannya dalam dunia sastera adalah cerah. “Komuniti penulis di negara ini sangat gembira dengan pencapaiannya.”

Ashikin M juga pernah berkolaborasi bersama dua penulis Indonesia untuk menghasilkan buku The Colour of Regret pada tahun 2021 tatkala dunia dilanda pandemik. Di antara buku-buku yang pernah diterbitkan oleh Ashikin M adalah Pabila Pesawat Bertemu Bulan, Mimpi-Mimpi Nomad, Mencari Warna Malaikat dan Si Romantik Yang Sudah Mati. Jelas Ashikin M,

Acara dihiasi dengan dendangan lagu puisi yang dipetik dari buku KEJORA iaitu Sementara Kata-kata Terakhirmu Hilang, Senja Merah di Pergelangan Tanganmu dan Kisah Cahaya di Persada Antarsika. Turut sama di majlis pelancaran tersebut adalah Amy Search yang menghiburkan tetamu dengan persembahan lagu Isabella, Rozana dan tentunya Kejora dari album pertama kumpulan Search, Cinta Buatan Malaysia (1985). Lagu-lagu ini dipilih khas sebagai merujuk kepada karakter utama dan tema sanjungan terhadap keindahan dan kekaguman terhadap wanita yang dibawa oleh KEJORA. Sebagai memberi sokongan kepada Ashikin M, beberapa penulis terkemuka negara seperti Dina Zaman, Khairul Anuar dan Shaz Johar juga hadir dan rata-rata memberikan reaksi positif terhadap buku KEJORA. Gabungan elemen sastera, penceritaan, muzikal dan pop culture yang ditampilkan oleh Ashikin M di majlis pelancaran tersebut turut mendapat pujian.

KEJORA diedarkan oleh Terbitan Langit dan boleh didapati di laman Instagram @terbitanlangit @puisikejora dan @ashmhydn dengan harga RM25 (tidak termasuk caj penghantaran). Untuk maklumat lanjut tentang Ashikin M, anda boleh layari laman sesawang www.ashikinm.com

Majlis pelancaran KEJORA dikuasakan oleh JCPR dan DW Events; serta turut disokong oleh Staedtler Malaysia, Common Ground, Blvck Coffee, Burrow KL, Salixium dan Cultkids.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button