Berita

Kasyara Band Dari Indonesia Melebarkan Sayap Ke Malaysia

 

Penerbit dan komposer Indonesia Faizal Andri Lubis mencapai tahap yang tidak pernah dia bayangkan berkat minatnya yang mendalam dalam industri muzik.

Malah penglibatannya bersama beberapa nama besar industri muzik Indonesia antaranya Tompi, Glenn Fredly dan Radja Band merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dibeli dengan wang ringgit.

Lebih manis, Faizal sempat bersama sebahagian dari kumpulan Noah menggantikan David satu ketika dahulu.

Dan akhirnya kini Faizal memulakan langkah sebagai produser dengan mencungkil bakat bakat muda di Indonesia dan Malaysia.

Dalam perjalanan kerjayanya, Faizal merasakan dirinya bertuah apabila dipertemukan dengan seorang vokalis iaitu Kensen yang disifatkannya mempunyai kualiti vokal sebaik Aril daripada Noah Band.

Malah pada ketika itu, Kensen mula mendapat perhatian ramai apabila tular kerana kualiti vokalnya yang memukau.

Bermula detik itu, Faizal dan Kensen mula bersatu hati dengan menubuhkan kumpulan Kasyara pada Ogos 2021.

Kasyara juga telah melancarkan beberapa buah lagu di Indonesia yang mendapat sambutan memberangsangkan peminat muzik di Indonesia.

Mula sedar akan karya mereka yang berjaya memukau peminat, Kasyara akhirnya mengambil keputusan untuk melebarkan sayap ke Malaysia dengan menampilkan karya agung dari komposer tempatan iaitu Saari Amri sebagai single terbaru mereka.

Kasyara memilih lagu Gerimis Mengundang nyanyian asal kumpulan Slam yang terkenal pada era 90an sebagai batu loncatan mereka di Malaysia.

Malah, kekuatan Gerimis Mengundang merupakan satu karya yang turut terkenal di Indonesia satu ketika dahulu seakan memberi sinar harapan buat Kasyara.

Jelas Faizal selaku pemain keyboard Kasyara, Gerimis Mengundang versi mereka diberi sentuhan terbaharu bagi penyesuaian pendengar tahun 2022.

 

Kini Kasyara melancarkan Album pertama mereka yang bertajuk “Diantara dan Lainnya” secara digital.

Terdapat 11 lagu di dalam album tersebut, Gerimis Mengundang • Hanya Sementara • Terbang • Dunia Pura-Pura • Cinta Tak Bicara • Ruang Hati • Berbagi Langit •

Jangan Katakan Cinta • Hampir Tak Bernafas • Aku Dan Kau • Peace The World

Album “Diantara dan Lainnya” kini sudah berada di semua platform penstriman digital seperti Spotify, Joox, iTunes, YouTube music dan lain-lain lagi.

Video muzik Gerimis Mengundang sedia ditonton di saluran Youtube FABIS INCORPORATION bermula 1 julai 2022 lalu dan mendapat komen positif daripada peminat.

 Download link untuk Gambar KASYARA :

 https://drive.google.com/drive/folders/1uux1uHH8UOMoBq-LA4PWnCLq1SSOJpxw?usp=sharing

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button