Berita

KARNIVAL JOM HEBOH 2022 DI TERENGGANU MERIAH DENGAN KEHADIRAN 300,000 PENGUNJUNG

Sambutan hebat diberikan kepada venue kedua Karnival Jom Heboh 2022, yang baru-baru ini berlangsung di Kompleks Sukan Negeri Terengganu di Kuala Nerus selama dua hari pada 7 dan 8 Oktober 2022. Tidak kira cuaca panas atau hujan, satu rekod -pecah 300,000 orang hadir!

Karnival Jom Heboh yang mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai Acara Padang Paling Lama di Malaysia dibawakan khas oleh DuitNow telah membuka pintu seawal 8.00 pagi dengan pelbagai aktiviti dan tawaran menarik di booth platform Media Prima Berhad (MPB) yang tersedia seperti TV3, TV9, DidikTV, Hot FM, Molek FM, Buletin FM, OH BULAN, SEISMIK, VOCKET, Waktu Solat Malaysia, WOWSHOP, New Straits Times, Berita Harian, Harian Metro, Drama Sangat dan tonton serta penampilan istimewa daripada artis-artis ternama tanah air.

Tarikan utama di  Karnival Jom Heboh 2022 Terengganu semestinya belon udara panas yang hanya dikenakan bayaran semurah RM1 kepada setiap pengunjung menerusi DuitNow. Pengunjung terawal juga berpeluang untuk menerima hadiah daripada KJH yang bernilai RM500,000 daripada jenama terkenal seperti Sensodyne, Provital Immuna Plus, Super Coffee, F&N, CSR sugar dan Simply K.

Pengunjung berpeluang untuk beramah mesra bersama artis kegemaran mereka di booth Studio Jom Heboh dan Studio Drama Sangat. Antaranya, Fedtri Yahya, Ummi Nazeera, Izzue Islam, Nabil Aqil, Aniq Suhair, Azlee Senario, Syafiq Kyle, Mark Adam, Zaidi Aziz, Hanif Miswan, Aina Mariah, Amat Larbsib, Danial Nawawi, Ash Oh Bulan, Anne Oh Bulan dan ramai lagi. Tidak ketinggalan juga penampilan maskot kartun popular dari Mina & Mila, Hang Omar Timur dan Profesor Kool.

Akustika @ Jom Heboh yang dihoskan oleh Ahmad Fedtri Yahya dan Fizi Molek FM pada 7 Oktober bermula 9.00 malam dijayakan oleh artis-artis tanah air popular seperti Afieq Shazwan, Ismail Izzani, Hariz Fahayet, Haqiem Rusli, Insomniacks dan Tajul Arif yang mempersembahkan lagu-lagu berunsur ketuhanan khas buat pengunjung yang hadir.

Bersempena dengan Maulidur Rasul yang disambut oleh semua umat Islam, malam kedua Akustika @ Jom Heboh yang berlangsung pada 8 Oktober, pukul 9.00 malam telah diserikan dengan program-program perkongsian agama dan diselang-selikan dengan lagu-lagu ketuhanan. Gandingan hos pada malam kedua terdiri daripada Fedtri Yahya dan Mat Dan dari Molek FM. Antara artis yang terlibat adalah Aiman Sidek, Aiman Tino, Syafiq Farhain, Nomad, Sufian Suhaimi dan Khai Bahar.

Untuk maklumat terkini, layari www.jomheboh.com.my dan ikuti laman sosial rasmi Facebook dan Instagram @jomhebohofficial. Sebarkan keseronokan dengan menggunakan tanda pagar #KarnivalJomHeboh dan #KJH.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button