Berita

Juara AJL S.O.G dan Shila Amzah Bertandang ke ICSYVMY Minggu 8

Pelbagai komen dilemparkan kepada barisan panel penyiasat serta hos baharu untuk musim ini sepanjang tujuh minggu I Can See Your Voice Malaysia 5 bersiaran.  Keserasian yang tercipta antara anggota famili baharu I Can See Your Voice Malaysia tidak mengecewakan dan terus menambat hati peminat walaupun pada awal musim kebanyakkannya mahukan panel-panel dan hos terdahulu untuk kekal di dalam program.

Selain itu, pelbagai kejutan dan tarikan hebat buat penonton TV3 terus dipaparkan oleh I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY) yang merupakan adaptasi daripada program popular Korea Selatan.

I Can See Your Voice Malaysia membawakan S.O.G dan Shila Amzah yang merupakan Juara Anugerah Juara Lagu 36 ke pentas pada minggu kelapan bersiaran.  Barisan panel penyiasat jemputan yang terkenal dengan kekecohan mereka turut menghangatkan lagi suasana dengan kehadiran Mas Idayu, Azhan Rani dan Zara Zya.  Pada masa yang sama, Datuk Rosyam Nor kembali mengambil tempatnya semula dalam episod kali ini.

Mampukah panel penyiasat tetap dan panel penyiasat jemputan membantu S.O.G dan Shila Amzah mengenal pasti identiti penyanyi sebenar.  Jangan terlepas untuk menyaksikan I Can See Your Voice Malaysia 5 minggu ini.  I Can See Your Voice Malaysia 5 dihoskan oleh Izzue Islam dan Ain Edruce bersiaran pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 dan strim langsung secara HD di www.tonton.com.my.

I Can See Your Voice Malaysia 5 menampilkan Digi sebagai penaja utama, Kinohimitsu dan Nivea sebagai penaja bersama, Hot FM sebagai rakan radio, Oh Bulan, Xtra dan Senang Terhibur sebagai rakan digital.  Gunakan #ICSYVMY untuk merancakkan perbualan di laman media sosial. 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button