Berita

“Jom Shop Raya” Rancakkan Program Jualan Malaysia Aidilfitri Di Jalan Tunku Abdul Rahman

Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menjadi lokasi perasmian Majlis Pelancaran Program Jualan Malaysia (PJM) Tahun 2022 Jom Shop Raya @ J. T. A. R. yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Rosol Bin Wahid selaku Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Program ini dilancarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dengan kerjasama Batu Road Retailers Association (BARRA) diatas keprihatinan kerajaan terhadap isu serius yang dialami oleh peniaga-peniaga di Jalan TAR.

Umum mengetahui, kemeriahan suasana Jalan TAR pada tahun 2020 dan 2021 tidak seperti tahun sebelumnya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan penutupan sempadan akibat penularan pandemik COVID-19. Perniagaan yang diusahakan oleh peniaga-peniaga di Jalan TAR mengalami kemerosotan yang teruk akibat kekurangan pelanggan yang datang berkunjung.

Tambahan itu, langkah inisiatif telah diambil untuk membantu mengurangkan bebanan kos sara hidup yang dialami rakyat khususnya dari golongan B40 untuk membuat persiapan raya, kempen promosi jualan JOM SHOP RAYA telah digerakkan oleh pihak BARRA melalui sumbangan RM 300,000.00 termasuk baucar hadiah berjumlah RM 200,000.00 hasil saluran oleh KPDNHEP.

Pelaksanaan JOM SHOP RAYA selama tempoh satu bulan bermula 16 April hingga 15 Mei 2022 merupakan salah satu usaha berterusan kerajaan ke arah pemulihan ekonomi negara khususnya sektor peruncitan selain mengembalikan keyakinan pengguna untuk keluar berbelanja di sekitar Jalan TAR dalam keadaan selamat. Kesinambungan konsep PJM sejak tahun 2020 iaitu Recovery (Pemulihan), Revitalise (Merancakkan) dan Revive (Menghidupkan Semula ) sektor peruncitan merupakan salah satu penyumbang kepada ekonomi rakyat dan KDNK negara.

Selain itu, mulai 23 April hingga 1 Mei 2022, Program Rancak Aidilfitri di AEON Nilai, Negeri Sembilan akan dilaksanakan untuk mengembalikan suasana kemeriahan perayaan aidilfitri. Ahli keluarga Malaysia berpeluang mendapatkan pelbagai barangan seperti makanan, minuman dan barangan elektrik serta pelbagai barangan keperluan hari raya pada harga yang sangat berpatutan.

Jualan murah yang yang merangkumi Segmen Musim Perayaan, Segmen Jualan Mega, Jualan Akhir Tahun dan Segmen Jualan Khusus dengan lapan Program Utama melalui Program Jualan Raya (PJM) yang telah dirancang dan diselaras melalui KPDHNEP di seluruh negara menyasarkan nilai jualan sebanyak RM 500 bilion bagi sektor peruncitan pada tahun 2022.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button