Berita

Janna Nick Bertukar Identiti, Berjayakah Beliau Mencari Pasangan Berduet?

Sepanjang musim kelima ini, Janna Nick bijak memainkan peranan beliau sebagai salah seorang penyiasat tetap di pentas I Can See Your Voice Malaysia 5.  Bagi episod yang akan datang, Janna Nick bertukar identiti kepada artis jemputan dan tibalah giliran beliau untuk mengenal pasti siapakah penyanyi sebenar dan penyamar suara sumbang dalam kalangan penyanyi misteri itu. 

Berjayakah Janna Nick mencari pasangan berduet di pusingan akhir dengan berbekalkan pengalaman beliau dan juga masak dengan selok-belok permainan yang pernah disaksikan selain kelebihan yang dimilikinya sebagai seorang penyanyi, pelakon, pengacara dan pengarah.

Pentas I Can See Your Voice Malaysia 5 Minggu 11 digamatkan lagi dengan kehadiran Fatin Afeefa, Mark Adam dan Dini Schatzmann sebagai penyiasat jemputan di samping dua penyiasat tetap iaitu Datuk Rosyam Nor dan Andi Bernadee.  Gabungan mereka berlima pasti membuatkan penonton tidak kering gusi menonton episod ini.

Selain itu, terdapat berlakunya pertelingkahan diantara Janna Nick dan salah seorang panel penyiasat jemputan minggu ini dan siapakah gerangan tersebut?  Semuanya akan terjawab di I Can See Your Voice Malaysia 5 pada hari Ahad in!

ICSYVMY5 ini dibawakan oleh Digi sebagai penaja utama, Kinohimitsu dan Nivea sebagai penaja bersama, Hot FM rakan radio, Oh Bulan, Xtra, dan Senang Terhibur sebagai rakan digital.   Jangan ketinggalan untuk menyaksikan I Can See Your Voice Malaysia 5 yang dihoskan oleh Izzue Islam dan Ain Edruce, pada setiap Ahad, 9.00 malam di TV3 dan strim langsung secara HD di http://www.tonton.com.my.  Gunakan #ICSYVMY untuk merancakkan perbualan di laman media sosial.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button