Gajet

Jadilah Bintang Galaksi dengan Siri Galaxy S22

Kuala Lumpur, March 28, 2022 – Samsung Malaysia Electronic telah melancarkan, Born of the Galaxy Stars iaitu satu pertandingan filem pendek yang ditaja oleh Festivel Filem Antarabangsa Malaysia (MIFFest) yang kini ingin mencari 22 orang pembikin filem yang bermatlamat tinggi untuk mengeluarkan filem pendek yang dibuat oleh mereka dengan menggunakan Siri Galaxy S22 agar sama dengan wawasan Samsung untuk menjadikan teknologi dan inovasi boleh dicapai oleh semua. Persaingan ini akan membuka peluang kepada bakal pengarah untuk bercita-cita melebihi kekangan yang mengehadkan pembuat filem tradisional agar mereka dapat terus meneroka kemajuan teknologi yang ada pada masa depan.

“Menghasilkan filem bukan lagi sekadar impian. Dengan kemajuan teknologi yang menakjubkan selama ini, Siri Galaxy S22 hadir untuk membantu memulakan impian semua pembuat filem dan pencipta kandungan yang bercita-cita tinggi. Masa depan pembikinan filem adalah dengan Siri Galaxy 522,” kata Luke Au, Ketua Pemasaran Produk IT dan Perniagaan Mudah Alih Samsung Malaysia.

Siri Galaxy S22 telah mula menawarkan pelbagai ciri kamera yang mengizinkan pembuat filem yang bermatlamat tinggi untuk menerokainya seterusnya, mereka dapat merealisasikan impian mereka dan melanggar had pengeluaran filem tradisional.

“Kami teruja untuk merintangi halangan dengan Samsung Malaysia. Pertandingan ini adalah peluang untuk mendekati setiap pembuat filem yang bercita-cita tinggi di luar sana dan memberitahu mereka bahawa apa yang diperlukan hanyalah semangat dan telefon pintar untuk mencipta filem yang menakjubkan. Sebagai pengguna Samsung Note secara peribadi, saya sangat kagum dengan Siri Galaxy S22 dan keupayaannya dalam membantu pembikin filem muda yang bercita-cita tinggi dalam mencipta filem mereka sendiri di tapak tangan mereka tanpa peralatan yang luas.” kata Joanne Goh, Pengerusi MIFFest.

Samsung Malaysia telah mengambil inisiatif dengan bekerjasama dengan empat orang pengarah tempatan yang berbakat dan professional untuk filem #withGalaxy S22 Siri dari berlainan genre iaitu Fesyen, Kecergasan, Romantik dan Muzik agar dapat memberi inspirasi kepada pembuat filem. Pengarah tempatan tersebut telah diberi peluang untuk merakamkan filem mereka mengunakan Siri Galaxy S22 dan membuatkan mereka kagum dengan kamera dinamik telefon pintar ini kerana mempunyai kualiti yang sangat luar biasa.

Bagi mereka yang ingin menyertai pertandingan filem pendek ini, perlulah menghantar skrip pendek dengan bertemakan “ Borderless with Nigthtography” sebelum 17 April 2022 dan memilih salah satu konsep untuk dimasukkan ke dalam skrip antaranya, Fesyen, Kecergasan, Romance dan Muzik. 22 orang pemenang akan dipilih oleh Samsung Malaysia dan MIFFest. Para pemenang akan menggunakan Galaxy S22 Ultra untuk rakam dan mengeluarkan filem pendek mereka. Produksi akhir ini kemudiannya akan bersaing untuk memenangi anugerah itu pada Julai 2022 pada majlis perasmian Festival Filem Antarabangsa Malaysia (MIFFest).

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang pertandingan filem pendek “Born of Galaxy Stars” boleh layari laman web, https://www.mega.com.my/born-of-the-galaxy-stars-shortfilm2022/.

Untuk menghantar penyertaan anda sila buka laman web ini https://bit.ly/3tw4kvM.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut atau mahu untuk pembelian produk Galaxy, sila layari link di bawah:

Galaxy S22 Ultra 5G: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-s22-ultra/buy/.

Galaxy SS2+| S22 5G : https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-s22/buy/.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button