Berita

ISU ROBOH BENGKEL DI SUNGAI TUA DITANGGUHKAN DENGAN PENYERAHAN MEMORANDUM

Presiden Pertubuhan Kebangsaan Nambikkai, Datuk Kalai Vanar, menyampaikan memorandum mengenai perkara perobohan bengkel di Sungai Tua kepada pegawai Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor hari ini di Pejabat Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Shah Alam Selangor.

Seramai 14 pemilik bengkel akan kehilangan sumber pendapatan dan menderita akibat tidak dapat menjalankan perniagaan mereka berikutan pihak berkuasa merobohkan bengkel mereka.

Katanya, pada petang 1 Ogos lalu, Amirudin bertindak balas terhadap mesej WhatsApp dengan berjanji akan bertindak segera menghentikan perobohan itu.

“Namun pada 2 Ogos lalu, 14 bengkel yang diusahakan secara sah, ada lesen perniagaan sah di Sungai Tua tetapi bekalan elektrik dan air dipotong.

“Selepas kami adukan kejadian ini kepada Menteri Besar pada hari sama, beliau membalas hantaran, bahawa akan mendapatkan tapak baharu dan akan berjumpa dengan mereka (pengusaha).

“Sehingga kini, tiada sesiapa yang tampil walaupun wakil Menteri Besar untuk berjumpa dengan pengusaha.

“Dalam negara ini Bangladesh, Nepal tiada lesen namun dibenarkan cari rezeki, kami rakyat cuba cari rezeki halal pula dihalau,” katanya.

Pemilik bengkel ingin dianugerahkan lokasi syarikat baharu yang lebih sesuai untuk aktiviti yang dijalankan di bengkel.

Menurut salah seorang wakil dari operator bengkel, bengkel yang akan diganti adalah sangat kecil dan tidak sesuai untuk aktiviti bengkel seperti mengecat semburan, jentera yang memerlukan ruang yang luas, dan bunyi enjin.

“MPS minta kami pindah ke gerai majlis namun ia tidak sesuai kerana bersebelahan jual makan.

“Tidak sesuai kerana kami sembur cat, bunyi enjin dan mesin.

“Kami rakyat Malaysia bukan warga asing mencari rezeki untuk keluarga kenapa dianaktirikan sedemikian rupa.

“Sehubungan itu, kami amat berharap agar MB menerima cadangan kami untuk berpindah ke tempat yang sesuai bukannya menganggu peniaga-peniaga makanan yang lain,” katanya.

Rundingan dua hala kini diadakan selepas memorandum itu diserahkan.

Wakil SUK bersetuju untuk tidak merobohkan kawasan tersebut sehingga tapak kawasan perniagaan baharu ditemui susulan mesyuarat menyerahkan memorandum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button