Berita

INDUSTRI PERHOTELAN MOHON PENYELESAIAN TERHADAP ANCAMAN INDUSTRI PERHOTELAN

SEBELUM PENGUATKUASAAN KADAR GAJI MINIMA DAN MOHON KEADILAN DALAM MEREALISASIKAN PEMULIHAN INDUSTRI PERHOTELAN

Persatuan Hotel Bajet dan Bisnes Malaysia (MyBHA) berasa dukacita terhadap Penguatkuasaan Kadar Gaji Minima terhadap Industri Perhotelan dan Pelancongan yang tela9h diumumkan oleh Pihak Kerajaan secara mengejut tanpa sesi libat urus bersama pihak Industri.

Pihak mereka sentiasa mengalu-alukan penguatkuasaan kadar gaji minima ini jika ianya adalah untuk melindungi kebajikan para pekerja Industri Perhotelan dan Pelancongan tetapi ianya haruslah DILAKSANAKAN SELARI dengan Penyelesaian terhadap ancaman-ancaman Industri Perhotelan dan Pelancongan yang sekian lama telah menyebabkan pengurangan dalam pendapatan dan telah menjadi ancaman utama terhadap pemulihan Industri Perhotelan dan Pelancongan.

Antara ancaman Industri Perhotelan dan Pelancongan adalah seperti:

  1. Garis panduan penginapan kediaman jangka masa pendek / short-term residential accommodation (STRA)
  2. Penguatkuasaan terhadap agen pelancongan atas talian (online travel agents (OTA’s)
  3. Cukai perkhidmatan (SST)
  4. Kadar tarif tenaga elektrik
  5. Cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan digital
  6. Badan pelesenan royalty muzik

 

Walaubagaimanapun ancaman-ancaman industri yang telah dibangkitkan ini harus dipandang serius oleh pihak Kerajaan Malaysia dalam memastikan kelangsungan jangka Panjang Industri Perhotelan dan Pelancongan. Kegagalan untuk menyelesaikan ancaman-ancaman Industri Perhotelan dan Pelancongan malah menambah lagi bebanan kos pengoperasian Industri Perhotelan akan menyebabkan Harga Jualan bagi Perkhidmatan Perhotelan atau Pelancongan TERPAKSA dinaikkan bagi memastikan Pengusaha-pengusaha Hotel dan Pelancongan dapat memberi perkhidmatan yang baik dan mencukupi kepada pelanggan-pelanggan hotel mereka dan perkara ini akan memberi kesan kepada kemasukkan pelancong-pelancong ke dalam negara dan juga pelancong-pelancong domestik.

Antara kesan terhadap kegagalan untuk menyelesaikan ancaman-ancaman industri Perhotelan dan Pelancongan adalah seperti berikut:

  1. Pendapatan sesebuah hotel akan berkurangan sehingga tidak dapat menutup kos operasi hotel tersebut.
  2. Pengusaha hotel terpaksa mengurangkan bilangan pekerja dan ini akan secara langsung memberi kesan kepada perkhidmatan hotel tersebut.
  3. Pengusaha hotel terpaksa mengurangkan gaji bagi pekerja-pekerja berjawatan eksekutif atau menamatkan perkhidmatan mereka dalam usaha untuk mendapatkan aliran tunai yang mencukupi demi kelangsungan perniagaan mereka.
  4. Pengusaha hotel terpaksa mengurangkan waktu kerja lebih masa bagi pekerja mereka.
  5. Pengusaha hotel tidak dapat menambahbaik perkhidmatan hotel tersebut seperti membeli cadar, tuala yang baru disamping memastikan tahap kebersihan hotel yang baik.
  6. Pengusaha hotel tidak dapat menaikkan harga jualan bilik disebabkan oleh persaingan yang tidak sihat diantara agensi-agensi pelancongan atas talian.
  7. Ramai pelancong memilih untuk tinggal di Penginapan Kediaman Jangka Masa Pendek (STRA) walaupun ianya adalah penyedia penginapan haram atau tidak berlesen. Ini telah menyebabkan kerugian yang amat besar dan tidak adil kepada suatu perniagaan perhotelan yang memiliki lesen penuh dan tertakluk kepada undang-undang “Kami menyokong penuh cadangan Kerajaan Pulau Pinang untuk melarang dan/atau mengawal selia Penginapan Kediaman Jangka Masa Pendek (STRA) tersebut.”

Dan kini, dengan penguatkuasaan secara mengejut kadar gaji minimum yang baru, Industri Perhotelan bakal dibebankan dengan kenaikan Kos Operasi Perniagaan yang mana kadar fee perkhidmatan daripada pembekal-pembekal akan naik dan pengusaha perhotelan akan dibebankan dengan kenaikan kos tersebut dan boleh berakhit dengan penutupan operasi perniagaan.

Kesan-kesan ini akan berlaku apabila Pengusaha-Pengusaha Hotel dan Pelancongan tersebut mempunyai masalah aliran tunai / kewangan akibat daripada kesan Pandemik covid-19.

Justeru itu, Persatuan Hotel Bajet dan Bisnes Malaysia (MyBHA) ingin memohon kepada Kerajaan Malaysia untuk menangguhkan sementara Penguatkuasaan Kadar Gaji Minima yang baru tersebut bagi Industri Perhotelan dan Pelancongan sehingga ancaman-ancaman Industri Perhotelan yang tersebut diatas diselesaikan sepenuhnya.

Penyelesaian terhadap ancaman-ancaman industri tersebut akan membolehkan Industri Perhotelan mendapat semula aliran tunai/kewangan yang kukuh untuk mengikut kadar gaji minima yang baru disamping menjaga kebajikan pekerja mereka.

“Kami tidak menentang keputusan untuk menjaga kebajikan pekerja tetapi ianya mestilah dilaksanakan dengan mekanisma menang-menang untuk semua pihak, yang mana perkara ini tidak berlaku sama sekali”, kata Persatuan Hotel Bajet dan Bisnes Malaysia (MyBHA).

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button