Bantuan

i-Ceria KWSP: PENGELURAN RM10,000 ONE-OFF YANG TERAKHIR 2022

Sebelum ini rakyat mendesak pihak Kerajaan untuk melulusakam pengeluaran RM10K. Walau bagaimanapun l, sehingga kini masih tiada lagi perkembangan.
Untuk pengetahuan anda, pada 1 Mac, terdapat seorang Ahli Parlimen mencadangkan sebuah bantuan kewangan yang dikenali sebagai I- Ceria.


i-Ceria KWSP

Datuk Seri Mohd Salim Sharif yang merupakan seorang ahli parlimen Barisan Nasional telah mencadangkan pihak kerajaan memperkenalkan sebuah bantuan kewangan yang berlandaskan KWSP dan ia dikenali sebagai I-Ceria. Beliau turut menegaskan bahawa ia adalah kemudahan pengeluaran wang buat kali terakhir.

MATLAMAT i-Ceria KWSP

Menurut beliau, tujuan pelaksanaan i-Ceria ini adalah untuk meneruskan kelangsungan hidup rakyat yang memerlukan wang persaraan mereka itu.
Tambahan pula, tuntutan tersebut bukan bertujuan menidakkan kebimbangan kerajaan terhadap simpanan hari tua dan bukan untuk menafikan fakta mengenai 20% daripada pencarum KWSP tidak mempunyai simpanan cukup di hari tua.
Menurutnya lagi, tuntutan ini adalah bagi memastikan permintaan Keluarga Malaysia akan dipenuhi.


TARIKH PELAKSANAAN

Perkara ini bukanlah pasti akan disediakan oleh pihak kerajaan, tetapi ia hanya satu cadangan yang dikeluarkan daripada ahli parlimen.
Walau bagaimanapun, cadangan ini telah mendapat banyak persetujuan daripada ahli – ahli parlimen yang lain. Semoga cadangan yang dibuat ini dipandang terus oleh Kementerian Kewangan Malaysia dan menteri-menteri sepatutnya.

I-Ceria WAJAR DILAKSANAKAN
Menurut Datuk Dr Xavier Jayakumur, cadangan I-Ceria tersebut bertepatan dengan keadaan semasa ekonomi negara yang memerlukan masa untuk kembali pulih seperti dahulu dan kerajaan perlu bertanggungjawab membantu anggota keluarga Malaysia khusunya golongan B40


sumber: malaysiasemasa.com

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button