Berita

I CAN SEE YOUR VOICE MALAYSIA 5 MINGGU KE-7 MENAMPILKAN GANDINGAN AFIEQ SHAZWAN DAN HAQIEM RUSLI  

Program hiburan nombor 1 Malaysia, I Can See Your Voice Malaysia minggu ini menampilkan dua penyanyi popular generasi baru iaitu Afieq Shazwan dan Haqiem Rusli.

Mampukah penyanyi Layu di Hujung Mekar dan Mimpi meneruskan kemenangan penyanyi senior mereka pada episod kali ini?

Turut menampilkan Sufian Suhaimi, Sarah Suhairi dan Stacy sebagai panel penyiasat jemputan. Pada episode kali ini, Datuk Rosyam Nor digantikan dengan Datuk Afdlin Shauki. Adakah Datuk Afdlin akan menjadi panel tetap sehingga penghujung ICSYVMY 5 atau hanya untuk episode ini?

I Can See Your Voice Malaysia 5 yang dihoskan oleh Izzue Islam dan Ain Edruce bersiaran pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 dan strim langsung secara HD di www.tonton.com.my , menampilkan Digi sebagai penaja utama, Kinohimitsu dan Nivea sebagai penaja bersama, Hot FM sebagai rakan radio, Oh Bulan, Xtra dan Senang Terhibur sebagai rakan digital. Gunakan #ICSYVMY untuk merancakkan perbualan di laman media sosial.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button