Berita

HYPE GLOBAL VENTURES Raikan Merdeka Dengan Dua Konsert Bersifat Nasionalisme

Antara selebriti jemputan Konsert Malam Merdeka Bah Kita 2022

HYPE GLOBAL VENTURES tidak akan melepaskan peluang untuk memperingati tanggal 31 Ogos, hari bersejarah buat semua rakyat Malaysia, sama ada di Semenanjung mahupun di Sabah dan Sarawak.

Jika HYPE GLOBAL VENTURES sebelum ini terkenal sebagai penganjur yang terlibat secara aktif dalam acara uptown dan pengurusan jualan, tahun ini menjadi langkah pertama mereka ke arah mengembangkan empayar mereka melalui acara hiburan seperti konsert.

Dua persembahan akan diadakan di Tawau, Sabah, dan The Mines Sri Kembangan, Selangor sebagai sebahagian daripada acara hiburan yang akan dianjurkan oleh HYPE GLOBAL VENTURES buat kali pertama berbekalkan semangat nasionalisme yang tinggi.

Konsert Malam Merdeka Bah Kita 2022 akan diadakan di Kompleks Sukan Tawau pada 30 Ogos 2022 seperti yang telah ditetapkan.

Konsert tersebut akan membuka tirai pada jam 6 petang dengan tiket berharga RM45, RM80 dan RM120 bagi setiap kategori.

Selain itu, barisan penghibur yang dijemput oleh penganjur mempunyai peminat tersendiri. Ia menjadi pembakar semangat apabila HYPE GLOBAL VENTURES mengimport penyanyi terkenal dari Indonesia bagi menyemarakkan lagi malam kemerdekaan negara sebagai simbol kekeluargaan dan keharmonian antara dua buah negara.

Antara selebriti yang akan tampil menghiburkan para pengunjung ialah Isnin Umbrella, Hazama, Shidi Data, Azan, Hafiz Umbrella Zidan, Angga Candra, Nabila Maharani, Tri Suaka dan Valdy Nyonk.

“Semua barisan penyanyi yang kami bawakan pada Malam Merdeka Bah Kita 2022 mempunyai pengikut dan digemari kelompok peminat pada masa kini.

“Malah ada dalam kalangan artis Indonesia yang kita bawa mempunyai jumlah tontonan lebih 100 juta di YouTube.

“Sengaja kami gabungkan barisan penyanyi Malaysia dan Indonesia sebagai lambang serumpun pada malam bersejarah itu nanti,” ujar Pengarah Pengurusan Hype Global Ventures, Johari Mohd Yusof.

Malah, karnival yang bertempat di Tawau ini akan berlangsung selama tiga hari iaitu bermula dari 28 sehingga 30 Ogos 2022 sebagai malam kemuncak menyambut kemerdekaan Malaysia kali ke-65.

Selain konsert yang menjadi tumpuan acara karnival di Tawau, pengunjung boleh menyertai pelbagai aktiviti yang menarik. Antaranya adalah pertandingan karaoke, battle of the band, jualan karnival makanan serta pelbagai barangan dan pakaian.

Bagi menghangatkan lagi suasana pada malam 30 Ogos, pengunjung yang bertuah mungkin akan membawa pulang hadiah utama daripada ‘lucky draw’ yang merupakan sebuah motorsikal 250cc.

“Kami sangat mengalu alukan kedatangan pengunjung bukan sahaja dari Tawau atau Sabah, tetapi juga Indonesia memandangkan lokasi karnival dan konsert iaitu Kompleks Sukan Tawau mempunyai kapasiti yang luas selain berdekatan dengan Kalimantan,” tambah Johari.

Bagi mengekalkan semangat nasionalisme dalam jiwa masyarakat Malaysia, HYPE GLOBAL VENTURES menganjurkan persembahan kedua, Malam Santai Musical pada 2 September 2022 di Hype Uptown Night Bazar Seri Kembangan.

Persembahan yang bermula jam 8.30 malam itu akan menampilkan penampilan istimewa oleh Zidan, Angga Candra, Nabila Maharani, Tri Suaka, dan Valdy Nyonk untuk menghiburkan hadirin di Uptown yang sememangnya menjadi tumpuan ramai.

Dua harga tiket yang dijual mengikut kategori iaitu RM65 dan RM165.

“Pemilihan melakukan persembahan di lokasi Uptown The Mines pula kerana di sinilah tapak pemula HYPE. Kita mempunyai lebih 400 kedai di sini dan secara tak langsung dengan penganjuran persembahan ini ia akan menambah nilai promosi kepada tempat ini,” kata Johari.

Sebarang keterangan lanjut boleh hubungi talian +60 12-674 8347 (Farizal) dan +60 19 560 7948 (Tado) untuk acara persembahan di Mines.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button