Berita

Hujung Minggu Pasti Hebat Bersama Didi & Friends !

Didi, Nana dan Jojo daripada karakter kanak-kanak terkemuka menyeru semua peminat menghadiri ‘Hujung Minggu Bersama Didi & Friends’ anjuran Astro dengan kerjasama Warnakala Studios dan ditaja oleh Quill Citi Mall.  Quill City Mall, Kuala Lumpur merupakan lokasi sesi meluangkan masa bersama-sama keluarga mereka dengan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik dengan Didi dan rakan-rakannya pada 24 – 26 Jun 2022 bermula 10 pagi hingga 9:30 malam.

Pelbagai hadiah-hadiah menarik daripada Didi & Friends boleh dimenangi oleh setiap kanak-kanak yang menyertai aktiviti dan pertandingan yang disediakan.  Barangan eksklusif Didi & Friends seperti pelitup muka kanak-kanak dengan pengesahan SIRIM boleh didapati oleh ibu bapa sepanjang acara tersebut.

Selain itu, kanak-kanak juga berpeluang bergambar bersama karakter-karakter kegemaran mereka pada hari sabtu (25 Jun) dan Ahad (26 Jun) pada jam 12.00 tengah hari, 4.30 petang dan juga 8.30 malam.  Persembahan daripada Didi dan rakan-rakannya merupakan aktiviti kemucak program ini yang pastinya membuatkan si kecil anda menyanyi dan menari bersama-sama.

Astro Rewards menawarkan pas foto khas bersama Didi & Friends dan sekotak pelitup muka kanak-kanak eksklusif secara percuma melalui mempamerkan bil kertas atau e-bil Astro mereka satu jam sebelum sesi bergambar bermula hanya eksklusif untuk para pelanggan Astro sahaja.  Slot yang disediakan adalah terhad dan hanya akan diberikan kepada mereka yang menebus awal.

Izrol Izzudin Ahmad Jamalun Nahar selaku wakil Astro berkata “Sebagai salah satu animasi yang digemari ramai kanak-kanak, kami merasakan bahawa Didi & Friends adalah sebuah program yang mampu mengisi hujung minggu mereka dengan aktiviti-aktiviti yang boleh dinikmati sepenuhnya bersama ahli keluarga.  Memandangkan negara sudah pun beralih ke fasa endemik, kami boleh mengadakan pelbagai aktiviti interaktif demi peminat-peminat Didi & Friends,”.

“Pihak kami berharap kolaborasi bersama syarikat penyiaran Astro boleh memberikan pengalaman yang menggembirakan buat kanak-kanak serta ibu bapa mereka.  Program ini sedikit sebanyak dapat mengisi hujung minggu mereka dengan keseronokan menerusi hiburan tanpa henti daripada Didi & Friends,” Wakil Warnakala Studios iaitu Hairulfaizlizwan Ahmad Sofian.

Saksikan siri animasi ‘Didi & Friends’ di saluran Astro Ceria (611) atau strim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang fleksibel.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button