Berita

Hari Asma Sedunia 2022 ; Menutup Jurang dalam Penjagaan Asma

Persidangan Hari Asma Sedunia 2022 yang bertempat di Pusat Persidangan dan Acara Connexion, Kuala Lumpur dirasmikan oleh YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan. Persidangan ini diadakan bagi memperingati Hari Asma Sedunia tahun ini dan ia merupakan gabungan Kerjasama antara Persatuan Thoracic Malaysia (MTS), Persatuan Pakar Perubatan Keluarga Malaysia (FMSA), Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Persatuan Ahli Farmasi Malaysia (MPS) dan AstraZeneca Malaysia.

Persidangan ini bertujuan membincangkan cabaran dan penyelesaian dalam menangani jurang dalam penjagaan asma di Malaysia sejajar dengan tema hari Asma Sedunia pada tahun ini iaitu Menutup Jurang dalam Penjagaan Asma.

Asthma Malaysia adalah sebuah pertubuhan yang bukan berasaskan keuntungan dengan misi untuk menjadi sumber yang boleh dipercayai tentang asma, untuk meningkatkan kesedaran terhadap piawaian penjagaan terbaik dan untuk memperkasakan pesakit dalam pengurusan asma mereka.

Asma adalah penyakit paru-paru kronik yang membengkak dan menyempitkan saluran pernafasan. Asma ini boleh menjadi penyakit yang mengancam nyawa jika tidak dirawat. Faktor juga adalah berbeza bagi setiap individu seperti jangkitan pernafasan dan selsema. Pakar penjagaan kesihatan, wakil pesakit dan rakan industri berkumpul untuk meneroka potensi menjadikan asma sebagai bidang keutamaan penyakit tidak berjangkit (NCD) utama di Malaysia.

Selain merasmikan pelancaran semula laman web rasmi Asthma Malaysia,  YB Khairy turut menyaksikan majlis menandatangani ikrar oleh pelbagai pihak bagi menyatakan komitmen bersama mereka dalam meningkatkan penjagaan asma di Malaysia. Berapa siri ceramah diadakan oleh pakar perubatan dan pesakit, dimana dapat disimpulkan bahawa terdapat keperluan campur tangan yang lebih besar terhadap penyakit asma di Malaysia ini bagi membendung penderitaan dan beban kewangan oleh pesakit akibat daripada asma mereka yang tidak dikawal dengan baik.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button